PERHATIAN!!! Semua idea dan garapan adalah hak cipta terpelihara sendiri..Dan anda tidak dibenarkan sama sekali untuk men'COPY' entry saya..Segala kerjasama anda adalah amat dihargai..Sekian Terima Kasih....

Monday 11 July 2016

Cerpen: Jangan Lupakan Aku




"BILA nak sampai ni?" gumam Aressa mulai bosan.
Mendengar nada Aressa itu membuatkan Datin Nafsah tahu yang Aressa masih marahkannya.
"Ressa masih marahkan mama? Maksud mama, kenapa Ressa masih marahkan mama sedangkan waktu Ressa kecil-kecil dulu Ressa suka sangat kalau dapat balik rumah nenek?" marah Datin Nafsah pada anak yang memberontak tidak mahu dihantar ke rumah ke neneknya.
"Masalahnya, Ressa tak ingat semua tu, dan Ressa pun tak nak ingat semua tu. Ressa tak kisahlah tinggal dekat rumah seorang diri. Ressa dah besar, boleh jaga diri sendiri." Bentak Aressa lagi.
"Ressa dah lama tak balik kampung, Ressa tak nak ambil tahu ke keadaan nenek macam mana. Mama tak kira, Ressa kena balik juga. Lagipun nenek rindukan Ressa." Tegas Datin Nafsah.
"Apa masalahnya? Zaman sekarangkan dah canggih, telefon jelah." Balas Aressa tidak mahu mengalah. Bukan dia tidak mahu pulang ke kampung, tapi dia terasa janggal untuk berada di sana kerana satu apapun peristiwanya disana tidak dapat diingati. Membuatkan dirinya berasa kekok setiap kali bertemu dengan neneknya. Dia tak suka rasa itu, disebabkan itu dia rasa malas untuk pulang ke kampung.
"Kenapa Ressa degil sangat ni?" soal Datin Nafsah mula naik angin.
"Macam mana pula mama yang biarkan Ressa tinggal dengan nenek keseorangan sementara mama dengan papa seronok pergi bercuti?" marah Aressa. Wajah mamanya dipandang meminta penjelasan.
"Dah berapa kali mama perlu jelaskan Ressa?" suaranya dikendurkan.
"Ressa dah cakap, Ressa tak nak balik rumah nenek, mama tolonglah faham!"
"Ressa!! Itu nenek kamu. Dah papa tak nak dengar lagi, Ressa, papa akan tetap hantar kamu ke rumah nenek. Titik!" putus Dato' Hakimi. Sejak dari tadi, dirinya hanya mendiamkan diri, namun Aressa nampaknya terlalu berdegil terpaksalah dia gunakan kekerasan.
Aressa diam tidak melawan. Tangannya disilangkan di dada. Pandangannya dialih keluar tingkap. Wajah Datin Nafsah dan Dato' Hakimi langsung tidak ditoleh. Protes dalam diam.
AKHIRNYA mereka tiba dihadapan kediaman neneknya. Bag bagasi dicapai, Aressa melangkah keluar dari perut kereta. Rumah batu yang kelihatan sunyi sepi itu dipandang. Kelibat neneknya yang sudah menunggu disebelah pintu masuk dihampiri. Perlahan-lahan tangannya dihulur, ingin bersalaman. Usai bersalaman, terus Aressa melangkah masuk ke dalam rumah. Walaupun dia berasa kekok, tapi dia tetap menghormati neneknya.
"Bilik Ressa dekat atas!" laung Nek Mah pada cucunya.
Anak tangga dipanjat. Daun pintu ditolak. Bagasi dicampak ke atas katil. Telefon di dalam beg tangan diambil lalu duduk di atas katil. Baru sahaja melabuhkan punggung, mata Aressa terpandangkan kelibat seseorang dibalik tingkap rumah jiran mereka. Tingkap biliknya didekati, ingin melihat gerangan siapa yang berani menilik dirinya.
Namun, belum sempat dia melihat, langsir tingkap segera dijatuhkan oleh lelaki tersebut. Kelihatan bayang-bayang susuk tubuh berlalu dari tingkap jiran sebelahnya.
"Tak guna. Sesuka hati je tilik-tilik orang. Ish, geramnya." Bebel Aressa tidak puas hati. Bengang pula dirinya sesuka hati diintip oleh jiran neneknya. Dahla lelaki pula tu.
"Ressa! Kami nak balik dah ni. Jaga diri!" suara laungan Datin Nasfah mematikan bebelan Aressa.
Aressa tidak menjawab sebaliknya masih memerhati tingkap jiran sebelahnya. Perasaan geramnya masih belum hilang.
Hari semakin gelap. Neneknya asyik mengetuk pintu mengajaknya makan bersama namun Aressa menolak setiap kali neneknya memanggil. Bukan sengaja dia tidak mahu makan bersama kerana dia tidak mahu perasaan kekok itu hadir, dia tidak tahu ingin berbual apa dengan neneknya. Nasib baik juga dirinya tidak boleh solat, kalau tidak terpaksalah dia keluar dari bilik untuk mengambil wuduk. Agak lama Aressa terperap di dalam bilik, akibatnya dirinya yang terseksa menahan lapar. Perut dipegang.
'Argh, tak boleh jadi ni, aku kena turun makan juga ni.' Putus Aressa selepas perutnya yang tak berhenti berkerongcong sejak dari tadi merengek minta di isi. Perlahan-lahan anak tangga dituruni. Tidak mahu neneknya sedar akan dirinya yang mula keluar dari bilik.
"Arghh laparnya.." gumam Aressa mengusap perutnya sambil berjalan menuju ke dapur.
"Owh tu, dekat dapur nenek dah masak gulai daging, sayur campur dengan ayam goreng. Kamu pergilah makan." Suara Nek Mak yang tiba-tiba itu memeranjatkan Aressa. Mati-mati dia ingat neneknya sedang berada di dalam bilik. Baru ingat tidak mahu bertembung mata dengan neneknya, terbantut terus ideanya.
Selepas melemparkan segaris senyuman pada neneknya, terus dia melangkah menuju ke dapur. Tudung saji dibuka.
'Ish, apa semua ni? Nasi, gulai daging? Aku mana makan semua ni.. Aku makan western food je. Aduhh.' Aressa menggigit bibir. Perut yang asyik berkeroncong diusap lagi. Makan ajalah, nak banyak songeh sangat nanti kau yang kebulur.Marahnya pada diri sendiri.
Lalu kerusi ditarik. Pinggan yang sudah tersedia di atas meja makan itu diletakkan nasi. Sayur campur dan kuah gulai daging diceduk sedikit. Seketul ayam goreng diambil. Selepas membaca bismillah terus Aressa merasa suapan pertamanya.
Aressa menghentikan kunyahannya. Mata dibulatkan. Kepala diangkat memandang ke hadapan. 'Ermmm, sedapnyaaa! Kali pertama rasanya makan makanan kampung macam ni, tak sangka pulak sedap.' Gumam Aressa puas hati. Malah lebih sedap daripada western food yang diagungkan selama ini. Kunyahannya disambung. Terus diceduk lagi kuah beserta daging dan sayur campur itu ke dalam pinggannya. Perut dahla lapar, lauk pula sedap, makin berseleralah Aressa jawabnya.
"Errp.." sendawa Aressa kekenyangan. Pinggan yang telah licin dibawa ke sinki. Usai membersihkan pinggan dan tangannya, Aressa berlalu ke hadapan.
Langkah Aressa terhenti dihadapan rak yang dipenuhi dengan gambar-gambar mereka sekeluarga sewaktu Aressa berumur 10 tahun dan seorang budak lelaki yang tidak dikenali. Mereka kelihatan sebaya atau mungkin budak lelaki tersebut tua sedikit darinya.
"Siapa budak lelaki ni?" bisik Aressa pada dirinya sendirinya. Gambar dirinya dan budak lelaki yang tidak dikenali yang sedang berpegangan tangan itu dicapai. Wajah budak lelaki itu diamati,cuba mengingati gerangan siapa namun dirinya gagal untuk mengingatinya.
"Nama dia Ukail Fallah kalau Ressa tak ingat." Celah Nek Mah tiba-tiba.
Hampir terjatuh ke lantai gambar yang berada di tangan Aressa dek kerana terkejut mendengar suara neneknya yang entah bila muncul di situ. Badannya segera dipusing mengadap ke arah neneknya yang sedang berjalan menuju ke sofa berdekatan.
"Ukail Fallah? Ressa tak kenal pun siapa Ukail Fallah." Ujar Aressa bersama kerutan di dahi. Dirinya memang tidak dapat mengingati siapa gerangan Ukail Fallah dalam hidupnya.
"Ressa tak ingat dia? Sikit pun tak?" soal Nek Mah inginkan kepastian.
Aressa menggeleng. Sungguh dirinya betul-betul tidak dapat mengingati sedikit pun.
Nek Mah senyum segaris.
"Dia anak kepada jiran sebelah rumah nenek."
"Maksud nenek jiran sebelah rumah ni?" soal Aressa ingin tahu.
"Ya, jiran sebelah rumah nenek ni. Baik budaknya, peramah pula tu, selalu tolong nenek masa nenek seorang-seorang dekat rumah. Hampir setiap hari dia datang jenguk nenek." Beritahu Nek Mah perlahan.
Aressa terdiam sejenak. Gambar pada tangan diletakkan kembali di tempatnya.
"Dia masih tinggal sini?"
Nek Mah mengangguk lalu tersenyum hambar.
"Ressa pergilah jenguk dia nanti. Tapi.. nenek rasa dia dah berubah mungkin Ressa tak akan kenal dia. Mak, ayah dia baru aja meninggal dunia 6 bulan yang lepas. Sejak tu, nenek tak pernah nampak dia. Dia pun dah lama tak datang jenguk nenek." Cerita Nek Mah. Wajah cucunya dipandang.
"Macam mana Ressa nak ingat seseorang yang Ressa dah lupakan?" soal Aressa. Wajah tua neneknya dipandang, sebelum dia kembali bersuara.
"Takpelah. Ressa naik dululah nenek." Pintanya. Anak tangga terus dipanjat satu persatu.
Beg bagasinya dibuka. Sehelai baju pijama dicapai. Dia ingin menukar baju sahaja. Malas mahu mandi. Baru sahaja dia ingin menarik baju t-shirtnya, Aressa merasakan dirinya diperhati dari tingkap rumah sebelah. Terus kepalanya berpaling pada jendela yang terbuka.
Dengan perasaan marah yang membuak-buak, Aressa terus berjalan menuju ke arah jendela. Tingkap dibuka luas.
"Hey, awak mengintip!" jerit Aressa panas hati.
Semerta kain langsir dijatuhkan. Ukail mengurut dadanya yang berdebar. Bukan niatnya ingin mengintip gadis tersebut. Semuanya hanya kebetulan semata. Nasib baik dia belum sempat melihat yang bukan-bukan. Ukail beristighfar panjang. Wajah diraup.
"Jangan ingat aku nak senyap je, siaplah kau." Bebel Aressa. Terkocoh-kocoh dia berlari keluar menuruni anak tangga.
"Ressa nak pergi mana tu? Kenapa Ressa menjerit malam-malam ni? Malu ke jiran-jiran tahu?" tegur Nek Mah. Dia yang sedang duduk berehat menonton televisyen tadi terkejut mendengar jeritan Aressa.
"Tu anak jiran nenek yang dikatakan baik tu, tak kawal mata dia. Boleh dia intip Ressa tengah nak tukar baju? Ingat bilik Ressa tu zoo ke apa?" marah Aressa tak dapat dikawal.
"Jiran mana yang Ressa maksudkan ni?" Nek Mah menyoal bersama kerutan di dahi.
"Jiran mana lagi? Jiran tulah.." jari telunjuknya ditunjukkan ke arah rumah Ukail Fallah.
"Owh Ukail.. Ressa, nenek rasa kamu ni salah faham aja kot. Takkan la Ukail nak mengintip kamu.." tepis neneknya tidak percaya.
"Salah faham apa nek? Dia intip Ressa nak tukar baju." Protes Aressa tidak puas hati. Geram bila neneknya masih ingin membela mamat mata keranjang tu.
"Assalamualaikum.." suara seseorang mematikan bicara Aressa.
Nek Mah segera menuju ke arah pintu, lalu membukanya. Terjengul wajah Ukail di hadapan pintu.
"Maaf menganggu malam-malam nek. Tapi rasanya, Ukail perlu jelaskan pasal perkara ni." Aressa segera berpaling tatkala mendengar suara itu.
"Ukail minta maaf, Ukail tak berniat pun nak intip cucu Nek Mah. Ukail cuma nak tengok bintang dekat langit, tapi lain pula jadinya. Ukail betul-betul tak sengaja, lagi satu, dia pun tak tutup langsir kenapa? Nak salahkan Ukail seratus peratus pun tak boleh juga." Ujar Ukail membela dirinya. Memang bukan niatnya ingin mengintip gadis tersebut.
"Jadi awak nak salahkan sayalah?" marah Aressa tak puas hati. Wajah tampan Ukail dipandang.
"Tingkap awak telah dihiasi dengan langsir yang cantik. Untuk apa rasanya langsir tu diletak dekat situ?" soalan Ukail Fallah itu mematikan buah bicara Aressa. Anak mata hitam bersinar itu direnung. Mata itu nampak sangat cantik dan luhur pandangannya. Aressa segera menyedarkan dirinya ke alam realiti apabila merasakan dirinya mulai hanyut dengan ketampanan lelaki tersebut.
"Huhh. Mestilah lelaki mata keranjang macam awak akan cakap macam tu. Mak, ayah awak patut ajar awak tentang adab." Balas Aressa tersenyum sinis.
"Ressa!" jerit Nek Mah.
"Apa? Betullah Ressa cakap yang dia.." tak sempat Aressa menghabiskan ayatnya lengannya terasa dicengkam kuat. Aressa berusaha menarik lengannya kembali namun tidak berjaya kerana cengkamannya yang terlalu kemas. Nasib baik dia memakai baju lengan panjang.
"Dengar sini Cik Ressa, tolong jaga-jaga dengan kata-kata awak." Ucap Ukail keras. Rahangnya bergerak-gerak menahan amarah. Pantang dirinya bila orang menyentuh pasal ibu bapanya yang telah kembali ke rahmatullah.
Aressa ingin membalas seketika dirinya teringatkan sesuatu. Wajah neneknya terus ditoleh. Dia terlupa lelaki yang berada dihadapannya kini adalah Ukail Fallah. Ukail Fallah yang telah kematian ibu bapanya 6 bulan yang lalu. Aressa menggigit bibir.
Ukail melepaskan genggamannya. Tubuh Aressa tertolak sedikit ke belakang.
"Ukail, ini Aressa. Ukail ingat lagi kan?" soal Nek Mah cuba menjernihkan keadaan.
"Ukail ingat tapi dia bukan Aressa. Ukail ingatkan dia adalah Aressa yang Ukail kenal selama ni, rupanya bukan Nek Mah." Ukail jeda seketika.
"Aressa yang Ukail kenal, takkan berperangai seperti ini. Tapi kalau betul dia adalah Aressa yang Ukail kenal, Ukail amat kesal." Usai menghabiskan ayatnya, Ukail terus melangkah keluar dari situ dengan rasa yang penuh dengan kekesalan.
"Ukail..!" panggil Nek Mah.
Panggilan Nek Mah tidak diendahkan. Langkah diteruskan.
"Ressa! Pergi minta maaf dengan Ukail sekarang.!" Tegas Nek Mah memberi arahan. Matanya mencerlung memandang cucunya.
Aressa berdiri kaku. Kakinya dirasakan tidak mampu untuk bergerak. Dirinya dilema antara perasaan bersalahnya atau egonya ditambah pula dengan setiap biacara lelaki tersebut membuatnya jadi makin keliru.
Akhirnya Aressa terus berlari menuju ke kamarnya. Dirinya lebih memilih untuk mempertahankan egonya berbanding rasa bersalahnya. Pintu bilik ditutup rapat.
UKAIL menutup pintu kamarnya. Tubuhnya disandarkan pada daun pintu. Matanya menyoroti ke arah tingkap bilik Aressa. Keluhan dilepaskan.
Langkah terus dibawa menuju ke katil. Telefon bimbit di atas meja kepala sisi katil dicapai. Nombor telefon Tashriq rakan baiknya di dial. Selepas dua kali percubaan mendial akhirnya Tashriq menjawab panggilannya.
"Ukail?" panggil Tashriq dihujung talian apabila Ukail diam tidak berkata apa-apa.
"Dia dah kembali." Ukail bersuara perlahan.
Tashriq terdiam.
Manakala Ukail menunggu jawapan dari Tashriq penuh debar. Lama menanti namun Tashriq tetap diam tidak membalas.
"Tashriq! Kau dengar tak? Dia dah balik!!" suara Ukail sedikit menjerit.
"Owh ye, aku dengar. Aku cuma tak jangka dengan kata-kata kau. Nak aku datang ke?"
"Tak. Tak payah. Cuma.. dia dah lain. Tashriq, dia bukan Aressa yang aku pernah kenal." Keluh Ukail lemah.
"Dah lebih 6 bulan Kail, manusia ni berubah-berubah. Apa yang kau harapkan Kail?" soal Tashriq.
"Aku tak harapkan apa-apa cuma aku tak sangka yang dia akan balik hari ni. Aku rasa hari ini mungkin kali terakhir aku berjumpa dengan dia Tash. Aku rasa dah putus asa." Beritahu Ukail. Matanya kembali menyorot pada jendela bilik Aressa. Tubuh dibaringkan ke atas katil.
"Apa yang kau nak buat sekarang ni?"
"Aku tak tahu." Ukail mengeluh lagi.
"Aku tak tahu apa yang perlu aku buat." Gumam Ukail lagi.
CAHAYA matahari menerobos masuk merusi jendela biliknya. Aressa bangun. Jam di dinding ditoleh. Meja solek dihampiri. Rambut yang serabai bagai sarang burung itu disikat. Telefon bimbit dipandang sekilas. Tiada satupun panggilan, mesej atau apa-apa yang diterimanya.
"Mana semua orang ni? Seorang pun takde rindukan aku ke?" Aressa mula terasa sebal. Terus dia berlalu menuju ke dapur.
Mata Aressa memerhati sekeliling mencari kelibat Nek Mah. Namun kosong. Kelibat Nek Mah langsung tidak kelihatan. Tudung saji dibuka. Kelihatan makanan sudah siap tersedia. Nasi lemak ayam goreng dipandang.
"Lena tidur semalam?" sapa Nek Mah dari belakang.
"Bolehlah.. Cuma Ressa rasa diri Ressa diintip sepanjang malam semalam." jawab Aressa bersahaja.
"Ressa jangan nak mulakan ye. Ukail dah cakap dia takde niat pun nak intip Ressa. Apa masalahnya lagi? Nenek kenal Ukail tu macam mana, dia takkan buat perangai tak senonoh macam tu." Marah Nek Mah Matanya mencerlung memandang wajah cucunya.
Aressa diam. Nasi lemak dijamah. Buat kali kedua dia menjamah makanan bukan western food. Nasi lemak ayam Nek Mah amat menyelerakan.
Nek Mah mengeluh lemah. Apa nak jadilah dengan cucunya ini? Dia amat berharap semuanya akan kembali seperti dulu. Cucunya Aressa dah banyak berubah. Doanya hanya satu, moga Ukail tabah menghadapi semua ini.
"Ressa tak nak minta dengan maaf dengan Ukail ke?" soal Nek Mah akhirnya. Memang soalan itu yang terbuku di benaknya sejak dari tadi.
Aressa lama mendiam.
"Ressa.. rasanya memori Ressa masih lagi ingat pasal perkara semalam." Suara Nek Mah memerli.
Aressa mengeluh. Suapan terakhir disudahkan,
"Nenek nak suruh Ressa buat apa ni sebenarnya?" soal Aressa terus. Pinggan nasi lemak tadi dibasuh.
"Nenek nak Ressa minta maaf dengan Ukail, dia tak salah.." ucap Nek Mah. Ternyata ucapan neneknya benar-benar mengundang rasa marah Aressa.
"Nenek masih nak bela kan mamat mata keranjang tu? Nenek tak kisah ke dia suka-suka mengintip cucu nenek dekat bilik tu? Nenek nak suruh Ressa minta maaf lagi dekat dia?" marah Aressa. Sakit hatinya bila nenek kandungnya asyik membela entah siapa-siapa yang tiada sebarang pertalian darah pun dengannya.
"Bukan macam tu Ressa.. Nenek.." belum sempat Nek Mah menghabiskan ayatnya, Aressa terlebih dahulu mencelah.
"Tak! Ressa takkan sesekali minta maaf dengan dia nek.. Ressa naik dulu." Sejurus menghabiskan ayatnya terus dia berlalu naik ke atas. Sebal pula hatinya mengenangkan neneknya yang asyik membela orang lain berbanding dirinya.
Nek Mah menggeleng lemah. Aressa yang sedang berlari anak menjejaki tangga itu dipandang. Kalau ikutkan rasa hatinya, mahu sahaja dia menceritakan segalanya agar Aressa lebih mengerti. Telefon yang berdering mematikan keluhan Nek Mah. Perlahan-lahan melangkah menghampiri telefon rumah yang berdering. Gagang diangkat.
"Waalaikumussalam, haa Nafsah.." sahut Nek Mah.
"Mak sihat?" soal Datin Nafsah prihatin.
"Alhamdulillah.. mak sihat. Cuma tua-tua macam ni, tak daya mana juga." Balas Nek Mah lembut.
"Aressa macam mana mak?" Dia ada buat perangai pelik-pelik tak?" soal Datin Nafsah.
"Elok je. Takde pula buat perangai pelik-pelik. Cuma sekarang ni dia dah jumpa dengan Ukail balik."
"Lepas tu macam mana mak? Dia ada mengamuk lagi tak macam dulu?"
"Dia tuduh Ukail tu mengintip dia. Entahlah mak pun tak berapa nak tahu juga cerita sebenar. Ressa pun bukannya cerita betul-betul. Cerita masa tengah marah ni, tak boleh nak dengar bulat-bulat sebab takut terbawa emosi sama." Keluh Nek Mah.
"Saya risaulah mak, si budak Ressa tu. Takut benda makin melarat. Dengan keadaan kesihatan yang belum stabil, kotak memori pun masih lemah. Saya harap sangat ingatan Ressa pulih macam dulu. Bukan apa, kesian ke Ukail. Macam-macam dugaan dia terpaksa tempuh dalam tempoh yang dekat." Luah Datin Nafsah bimbangkan anak tunggal perempuannya itu. Aressalah satu-satunya anak yang dia ada. Penawar dan racun hidupnya.
"Kamu jangan risaulah Nafsah. Tahulah mak nak buat macam mana pada budak Ressa tu. Ha iyalah, mak letak dulu. Assalamualaikum." Gagang diletak.
TUBUH dihempaskan ke atas tilam empuk itu. Wajah diraup beberapa kali. Rasa bersalah menerpa dalam dirinya terhadap neneknya kerana telah meninggikan suaranya. Keluhan dilepaskan. Telefon bimbit dicapai. Tidak dapat digambarkan keadaannya yang bakal tinggal di sini selama 2 minggu sedangkan 5 minit pun dia sudah merasakan bosan yang amat.
Lantas, jendela didekati. Tingkap dibuka, melihat kabus awan yang terapung di langit. Bunyi suara orang di bawah menarik minatnya. Terus anak matanya dialih ke arah suara tersebut.
Kelihatan Ukail sedang memberi makan seekor kucing putih berbulu gebu itu sambil mengusap-usap kepala anak kucing tersebut.
"Sedap kan? Makan banyak-banyak ye?" bual Ukail tersenyum manis sambil terus mengusap anak kucing tersebut.
Aressa memerhati dari atas melalui jendelanya. Ingatkan lelaki mata keranjang ni, tahu mengintip orang je. Getus Aressa. Sedikit sebanyak hatinya mula berasa tersentuh melihat kebaikan Ukail melayan anak kucing tersebut dengan penuh kasih sayang. Perlahan-lahan daun jendela ditutup, berniat ingin menyertai Ukail di bawah.
"Ehemm.."Aressa berdehem. Melihat Ukail, hatinya terasa bersalah apabila mengingatkan kata-katanya semalam.
Ukail diam tidak memberi respon. Wajah tidak dipaling, tangannya terus mengusap bulu lembut anak kucing tersebut.
Aressa mengerti, Ukail masih marahkan kata-katanya semalam.
"Awak..awak err,, saya maaf. Erm, ma-maksud saya pasal semalam. Apa yang saya dah cakap." Aressa bersuara tergagap-gagap.
"Awak dengar tak?" Melihat tiada respon dari Ukail, mula menaikkan rasa marah Aressa.
Ukail masih berdiam.
"Awak tahu? Saya baru je rasa nak minta maaf, tapi bila tengok respon awak yang macam ini.. rasanya takde guna saya nak minta maaf. Huh, lupakan jelah." Ujar Aressa lalu terus melangkah dengan perasaan sakit hati.Belum sempat dia membuka pintu, terasa lengannya ditarik. Aressa berpaling.
"Okey,saya terima maaf awak. Sa-saya ada sesuatu nak tunjuk dekat awak. Kalau awak sudi." Ujar Ukail akhirnya.
Aressa memandang wajah Ukail tanpa riak. Tidak tahu ingin memberi reaksi bagaimana. Pertama, kerana genggaman pada lengannya. Kedua, permohonan maafnya diterima. Ketiga, ayat terakhir Ukail. Ukail minta kebenarannya? Eh, kejap! Sesuatu yang nak ditunjukkan?Apa dia? Aressa mula rasa ingin tahu.
Lengan Aressa dilepaskan. Berlalu menuju ke pintu rumahnya dan membukanya. Daun pintu ditolak.
"Kalau awak sudi?" pelawa Ukail lagi.
Aressa yang dibelenggu perasaan ingin tahu terus masuk tanpa berfikir panjang. Lupa yang dirinya tidak mempunyai sebarang pertalian dengan lelaki tersebut.
"Duduklah kalau awak nak." Pelawa Ukail selepas menutup daun pintu.
Aressa melabuhkan punggung. Sekeliling rumah itu diperhati. Rumah yang kelihatan simple dan moden itu mempunyai aroma yang sangat menenangkan jiwanya. Dinding yang dipenuhi dengan gambar keluarganya dan Ukail dipandang sekilas. Tidak berminat untuk melihat dengan lebih jelas.
Ukail berlalu ke bilik meninggalkan Aressa keseorangan di sofa ruang tamu tersebut. Seketika, Ukail kembali bersama sebuah album di tangannya, lalu duduk bersebelahan dengan Aressa.
"Saya tahu awak tak dapat ingat siapa saya. Tapi mungkin awak akan ingat lepas tengok gambar-gambar album ni." tenang Ukail bersuara. Album dibuka perlahan.
Di muka surat pertama, kelihatan beberapa gambarnya bersama Ukail sedang berpegangan tangan. Aressa diam menggigit bibir.
"Jadi kita sebenarnya rapat macam dalam gambar ni?" Tanya Aressa selepas melihat beberapa helai album tersebut yang dipenuhi gambarnya dan Ukail.
Ukail memandang ke arah Aressa. Memaksa dirinya untuk tersenyum.
"Rapat. Rapat sangat.." Ukail berbisik perlahan dan bermakna.
"Kita.." tubuh didekatkan pada Aressa.
"Kita bukan sekadar..rapat. Tapi lebih lagi." Sambung Ukail.
Aressa mengerutkan dahi.
"Maksudnya?" tanya Aressa tidak faham.
Helaian seterusnya diselak.
"Hehp!" Aressa menutup mulutnya sejurus melihat gambar dirinya dan Ukail sedang berbaring di atas katil bersama dengan hanya dibaluti selimut tebal. Ya Allah! Tak sangka kehidupannya sudah jauh terpesong dari landasan agama dulu. Kepalanya ligat berfikir. Gambar-gambar itu ditatap lagi. Melihat gambar yang kelihatan cantik dan professional itu membuatkan Aressa makin pelik. Semuanya nampak berkualiti dan cantik. Bererti memang tiada istilah paksaan antaranya dan Ukail. Kedua-duanya nampak sama-sama merelakan. Aressa meraup mukanya. Keluhan dilepaskan.
"Kita.." Aressa tidak mampu menghabiskan ayatnya sendiri, sudahnya tergantung di situ. Masih terkejut dengan kebenaran yang ditunjukkan Ukail.
"Ye kita. Sebab tu saya cakap kita memang dah terlalu rapat, malah terlalu rapat." Terang Ukail. Berharap agar Aressa dapat mengingati memori mereka bersama.
"Saya tak faham kenapa saya tak boleh ingat satu apapun.." keluh Aressa lagi. Pelipis dipicit perlahan.
"Kejap-kejap, gambar ni.. saya ingat." Ujar Aressa menunjukkan ke arah gambar dirinya dan Ukail di taman permainan sewaktu kecil. Gambar dirinya yang sedang menangis di sebelah Ukail dan gambar yang seterusnya dirinya kembali tersenyum.
"Saya terjatuh dari jongkang-jongket tu, lepas tu awak pujuk dan saya tak nangis dah.. Saya tak tahu itu awak." Cerita Aressa selepas berhempas pulas cuba mengingati detik-detik mereka bersama.
"Saya adalah satu-satunya yang mampu buat awak tersenyum. Nenek awak selalu beritahu saya yang awak selalu menangis bila saya takde. Awak takkan dapat tidur tanpa saya di sisi." Tutur Ukail penuh gemersik.
Aressa pandang ke arah Ukail. Senyuman janggal dilemparkan, walaupun agak payah sebenarnya untuk dirinya mengukirnya.
"Awak ni banyak imaginasi ni.." ucap Aressa cuba menceriakan suasana.
"Saya cuma cakap apa yang nenek cakap." Balas Ukail ringkas.
Aressa tidak berniat ingin membalas, sebaliknya kepala dipaling mengadap ke tingkap. Kelihatan hari mula hendak petang.Tersedar yang dirinya sudah terlalu lama di dalam rumah itu.
"Err,saya kena balik dulu. Dah lama saya dekat sini. Tak manis pula, kita berdua-duaan macam ni." Terus Aressa bangun dan berlari ke pintu keluar, tapi tangannya di tarik lalu digenggam kemas.
Keadaan sunyi seketika.
"Stay." Nada Ukail antara arahan dan permintaan.
Mata Aressa membulat. Kepalanya dipanggungkan. Apa maksud Ukail ni?
"Saya kena pergi." Ucap Aressa.
"Tapi awak tak payah pergi." Bantah Ukail lagi.
Aressa menjauh, lalu cuba untuk membuka pintu. Seketika, Aressa mula panik.
"Awak kunci pintu? Awak dah gila ke? Buka pintu ni sekarang!" marah Aressa.
Ukail mendekat, tubuh Aressa ditekan pada belakang pintu.
Aressa kaku. Wajah Ukail tak sampai setengah meter sahaja dari wajahnya. Aressa resah. Tiba-tiba Ukail mengangkat tangannya lalu membuka kunci pintu.
"As you wish." Ucap Ukail penuh karisma dengan suara yang menggoda. Pintu dibuka buat Aressa.
Tanpa menunggu lebih lama, terus Aressa berlari keluar menuju ke rumah neneknya memasuki kamarnya. Tubuh terus dibaringkan atas katil, berkelubung di dalam selimut. Lega.
"Menakutkan." Gumam Aressa sendiri. Tangannya dirasakan bergetar.
Kenapa dengan aku ni? Sepatutnya aku lempang je dia tadi sebab berkelakuan kurang sopan. Dia ingat dia siapa? Marah Aressa pada dirinya.
Mata terus dialih ke arah tingkap, nafasnya turut tidak teratur. Semakin dia cuba untuk bertenang, semakin bertambah debaran didada. Bunyi deringan telefon mengejutkan Aressa. Cuba menenangkan dirinya sebelum menjawab panggilan.
"Ya?" sapa Aressa.
"Saya minta maaf." Suara Ukail dihujung talian.
Aressa terkejut. Nafasnya seakan berhenti saat mendengar suara Ukail menjengah telinganya. Dari mana dia boleh dapat nombor telefon aku ni? Terus Aressa berlari ke tingkap dan melihat Ukail juga sedang memandangnya melalui tingkap biliknya. Tiba-tiba Ukail menghilang. Kedengaran pintu rumah neneknya diketuk.
"Nenek!" panggil Aressa. Pintu masih diketuk dari luar.
"Nenekk!" panggilnya lebih kuat namun tiada sambutan dari neneknya. Aressa berlari anak menuruni anak tangga.
"Ukail ke? Ke orang lain?" Aressa resah. "Tak, tak bukan dia. Bukan dia." Sangkalnya menyedapkan hati.
Pintu dibuka sedikit dan dia dapat lihat tubuh Ukail sedang berdiri tegak diluar rumahnya. Cepat-cepat pintu ingin ditutup kembali namun dihalang Ukail.
"Berhenti cuba tutup pintu ni." Bisiknya gemersik. Aressa terkaku.
Pintu ditolak, lalu ditutup rapat. Anak mata Aressa ditenung dalam.
"Awak nak buat apa ni?" Tanya Aressa tergagap. Dalam hatinya berdoa agar neneknya muncul.
Ukail mendekat. Tangan halus Aressa digenggam. Aressa makin resah. Mana nenek ni?
"Lepaskan saya ! Kalau tak saya jerit nanti, biar nenek dengar. Awak nak ke?" Dia meronta-ronta supaya dilepaskan, tapi genggaman tangan Ukail amat kuat pada tangannya.
"Ish, lepaslah Uka.." Aressa bungkam. Matanya membulat. Bibirnya terasa basah dengan ciuman Ukail. Bibir Aressa dilepaskan.
"Masa untuk tunjuk pada awak yang awak adalah milik saya." Bisik Ukail seinci dari wajahnya. Terus dirasakan badannya kejung tak mampu bergerak walaupun seinci. Tiba-tiba tubuhnya terasa terapung di awangan dikendong Ukail menuju ke biliknya di tingkat atas. Aressa tersedar. Dada lelaki itu ditumbuk-tumbuk minta dilepaskan. Namun Ukail tetap meneruskan langkah.
Tubuh Aressa dibaringkan lembut ke atas katil. Rontaan Aressa tidak diendahkan. Aressa mengangkat tangannya ingin melempang wajah itu, tapi belum sempat penampar itu mendarat di pipi Ukail, Ukail terlebih dahulu menghentikannya.Tangannya terus ditekan pada bantal.
"Ukail, awak jangan nak macam-macam ye? Saya jerit nanti nenek dengar, awak yang malu. Baik awak lepaskan saya, dan saya akan kunci mulut pasal hal ni." Ugut Aressa gementar.
"Nenek takkan dengar. Saya kenal nenek, waktu-waktu macam ni dia takde dekat rumah pergi rumah Mak Cik Bibah dekat hujung kampung tu." Beritahu Ukail lalu cuba menanggalkan bajunya.
"Ukail.. ! Kalau saya tak nak, ini dikira merogol!! Kita bukan suami isteri. Tolong lepaskan saya. Lagipun saya tak boleh solat sekarang ni." Bentak Aressa kuat. Sakit hatinya melihat Ukail yang seakan diluar kewarasan itu. Nafasnya turun naik menahan amarah. Suara tangisannya juga mula kedengaran.
Ukail berhenti. Wajah Aressa diamati penuh kasih. Setitis air mata membasahi pipinya.
"Abang rindukan Ressa. Terlalu rindukan Ressa. Kenapa begitu payah untuk Ressa mengingati diri abang. Abang minta maaf sebab dah lukakan hati Ressa. Abang akan tunggu, abang akan tunggu sampai Ressa ingat abang kembali. Abang sayang Ressa." Dahi Aressa dikucup lama. Air mata yang membasahi pipi diseka. Wajah diraup lalu terus berlalu meninggalkan Aressa keseorangan kaku di situ.
Aressa terdiam sejenak. Abang? Dan air mata itu.. Aressa makin bingung. Apa semua ni? Sungguh dia tidak mengerti. Kenapa dia tidak mengingati satu apapun perihal lelaki itu? Kepalanya terasa berdenyut-denyut kerana terlalu banyak berfikir. Sakit kepalanya menyerang lagi tatkala dia cuba untuk mengingati peristiwa lampaunya. Kepalanya dipegang, cuba untuk melelapkan matanya agar dapat menghilangkan rasa sakit dikepalanya.
UKAIL melangkah longlai menuruni anak tangga. Dirinya terasa benar-benar lemah. Nek Mah yang baru tiba di rumah melangkah masuk.
"Ukail, buat apa dekat sini?" soal Nek Mah pelik.
"Ressa nek. Ressa masih tak dapat ingat Ukail. Ukail rasa dah tak kuat." Adu Ukail lemah. Keluhan dilepaskan.
Nek Mah mengeluh lemah. Belakang cucu menantunya diusap perlahan.
"Sabarlah Ukail..Nenek faham. Sabar ye nak. Adalah tu hikmah Allah nak bagi. Ukail kenalah kuat dan tabah menghadapi ujian ni untuk Ressa. Ressa tak dapat ingat tu, InShaAllah nanti dia ingat la tu. Perlahan-lahan, doktor pun dah cakap, jangan bagi dia tekanan sangat. Kita tak boleh bagitahu semuanya serentak nanti Ressa tertekan." Nasihat Nek Mah lembut. Senyuman dilemparkan.
Aressa dan Ukail sudah setahun mendirikan rumah tangga, namun Aressa telah hilang ingatannya sejak 6 bulan yang lalu. Atas saranan doktor, mereka terpaksa merahsiakan terlebih dahulu kerana Aressa masih dalam keadaan terkejut untuk menerima kenyataan dirinya.
Ukail meraup wajahnya. Cuba untuk mengumpul semangat baru yang menghilang. Senyuman Nek Mah dibalas hambar.
"Ukail, datang sini ni, Ressa tak pelik ke? Dia kan mana tahu apa-apa." Soal Nek Mah runsing.
Ukail senyum hambar.
"Ukail cuma terlalu rindukan Ressa nek, salah ke Ukail nak bermesra dengan isteri Ukail sendiri? Ukail, minta diri dulu nek." Pinta Ukail, rasanya tak perlu untuk dirinya bercerita lebih lanjut, pasti Nek Mah sudah mengetahui respon Aressa bagaimana.
Nek Mah mengangguk lemah. Sudah dapat ditebak respon Aressa bagaimana. Apakan dayanya, ikutkan hatinya, mahu sahaja dia menceritakan segalanya kepada Aressa, tapi demi kesihatan Aressa dia terpaksa berdiam diri.
Nampaknya dia perlu melakukan sesuatu sebelum keadaan makin teruk. Keluh Nek Mah.
BARU Ukail ingin menutup pintu rumahnya kelihatan sebuah kereta menyusur masuk ke perkarangan rumahnya. Pintu tidak jadi ditutup. Tashriq keluar dari kereta, lalu menghampiri Ukail.
"Kau buat apa dekat sini?" soal Ukail pelik. Pintu rumah dilebarkan agar membolehkan Tashriq melangkah masuk.
"Saja aku datang, risau keadaan kau macam mana selepas Ressa dah kembali." Ujar Tashriq prihatin.
"Kan aku dah cakap tak payah datang, aku okey je." Balas Ukail.
"Alah aku dah datang pun, ke kau nak halau aku ni?" gurau Tahriq.
"Takdelah aku nak halau kau, terima kasih sebab prihatinkan aku, cuma buat susah je kau datang dari Kuala Lumpur tu." Sangkal Ukail. Senyuman dilemparkan.
“No hal la..” Tashriq menepuk bahu Ukail. Semedan, matanya dikecilkan.
“Apa?” soal Ukail pelik.
"Ke kau jealous kalau aku datang? Takut Aressa jatuh suka dekat aku pula?" Tashriq serkap jarang. Sengaja mengusik sahabatnya itu.
Ukail mendengus.
"Ni yang aku rasa nak halau kau ni, kalau macam tu baik kau balik jelah. Girlfriend kau dekat Kuala Lumpur tu pun dah menunggu." balas Ukail geram.
"Girlfriend? Girlfriend mana pula? Jap, kau maksudkan kucing aku dekat rumah tu ke?" soal Tashriq.
"Kenapa? Ke kau ada girlfriend betul versi manusia?" usik Ukail.
"Diamlah kau!" marah Tashriq bila Ukail sengaja mengusik hal peribadinya.
Akhirnya Tashriq dan Ukail sama-sama tergelak. Bergurau sekali sekala selepas lama tidak bersua apa salahnya kan?
ARESSA membuka matanya. Kelihatan hari sudah hendak cerah. Jam dikepala katil ditoleh, sudah jam 7.00 pagi. Dek kerana sakit kepala yang teramat, Aressa langsung tidak sedar dirinya tertidur hingga ke pagi. Aressa bermenung seketika. Teringatkan peristiwa semalam membuatkan Aressa berfikir sejenak.
Apa maksud Ukail? Kenapa dia bahasakan diri abang? Kenapa Ukail menangis? Dan kenapa dia rasakan ungkapan cinta Ukail seakan hidup dalam dirinya. Kenapa dia merasakan seolah dia sering mendengar ungkapan cinta itu?
Pelbagai persoalan bermain di benaknya kini. Aressa mula rasa ingin tahu membuak-buak. Mungkinkah dirinya dan Ukail adalah pasangan kekasih atau seangkatan dengannya?
Melihat tangisan Ukail, membuatkan ungkapan cinta yang terbit dari bibir Ukail nampak sangat luhur dari hatinya. Entah kenapa, melihat air mata lelaki itu membuatkan hatinya berasa turut sakit. Seperti ada satu rasa yang sudah lama dia tidak sirami dengan baja cinta.
Nenek! Ye, hanya nenek. Terus Aressa bangun keluar dari biliknya. Dia perlu bertanyakan pada neneknya.
Aressa berlari anak menuruni anak tangga.
"Nek.." panggil Aressa saat terpandangkan kelibat neneknya didapur.
"Hah Ressa, dah bangun?" Nek Mah berpaling ke arah cucunya. Tangannya ligat mengacau air teh di dalam teko.
Aressa mengangguk. Neneknya dihampiri perlahan. Sejak akhir-akhir ini Aressa merasakan perasaan kekoknya seakan hilang ketika bersama neneknya.
“Semalam nenek ketuk pintu bilik nak ajak makan tengah hari sama-sama tapi Ressa tak buka-buka pintu. Seharian Ressa berkurung dalam bilik. Risau nenek.” Beritahu Nek Mah.
Aressa hanya diam. Tidak tahu sama ada ingin menceritakan pada Nek Mah atau tidak perihal semalam. Entahkan nenek mahu percaya atau tidak kalau dia cerita.
"Nenek dah siap masak. Nasi goreng cili padi dengan telur goreng, kita makan sama-sama ye? Ressa tolong nenek ambilkan pinggan ye, nenek nak hidang nasi." Ujar Nek Mah lembut setelah melihat Aressa diam tidak memberi respon.
"Takpe. Nenek duduk je. Biar Ressa yang hidangkan. Kesian nenek dah penat memasak. Ressa asyik turun makan je." Tolak Aressa ramah. Kerusi untuk neneknya ditarik perlahan.
Nek Mah ketawa kecil. Tanpa banyak soal duduk dilabuhkan ke kerusi. Hatinya gembira melihat kemesraan yang mula ditunjukkan oleh cucunya. Nampaknya ada perubahan.
Usai menghidangkan makanan, Aressa mengambil pinggan dan cawan lalu dibawa ke meja makan. Duduk dilabuhkan. Wajah neneknya dipandang. Berkira-kira ingin bertanyakan perihal Ukail Fallah. Sungguh mindanya dipenuhi dengan sebaris nama Ukail Fallah saat ini.
"Makan Ressa.. menung apa lagi tu?" soal Nek Mah bila Aressa sejak dari tadi dilihat hanya diam termenung tidak menjamah nasi di atas pinggan.
Aressa menggigit bibir.
"Nek..Ressa nak tanya sesuatu boleh?" soal Aressa perlahan.
"Apa dia?"
Aressa menarik nafas dalam.
"Siapa sebenarnya Ukail Fallah dalam hidup seorang Aressa?" soal Aressa ingin tahu.
Nek Mah diam sejenak. Wajah cucunya dipandang.
"Ressa dah habis fikir nek, tapi Ressa tetap tak ingat siapa Ukail dalam diri Ressa. Tolonglah nek, ceritakan semuanya. Ressa betul-betul nak tahu." Rayu Aressa. Berharap agar neneknya akan berlembut hati ingin menceritakan padanya.
"Betul Ressa nak tahu?" soal Nek Mah.
Aressa mengangguk laju.
Keluhan dilepaskan.
"Makan dulu, kejap lagi baru nenek cerita." Putus Nek Mah. Suapan disambung.
Tak sabar ingin mendengar cerita dari neneknya, terus Aressa menjamah nasi goreng cili padi tersebut.
"Owh pedasnya nek.. Tapi sedap pula." Puji Aressa. Bibirnya melemparkan senyuman.
"Yeke sedap? Bukan Ressa suka makan makanan barat je selama ni?" soal Nek Mah sengaja ingin mengusik.
Erk! Aressa senyum nampak gusi. Bahu dijungkit ke atas.
"Entahlah, Ressa makan rasa sedap pula. Lagi sedap dari western food yang Ressa suka makan selama ni. Nanti nenek masak lagi ye? Ressa pun boleh belajar." Beritahu Aressa jujur. Nek Mah tergelak lucu. Kepala digeleng.
"Betul ke Ressa tak pandai masak makanan kampung macam ni?" soal Nek Mah sengaja ingin menguji memori cucunya.
Aressa diam sejenak.
"Tak tahulah. Ressa pernah masak ke dulu? Ressa tak ingat la nek, Ressa pernah masak ke tak." Balas Aressa bingung.
"Takpe, kita cuba kejap lagi." kata Nek Mah. Aressa pelik.
"HAH tu jadi tu. Ressa pandai la tu masak makanan kampung." Bahu cucunya ditepuk. Aressa tersenyum pelik.
Gulai lemak daging, sayur campur udang dan ikan goreng kunyit itu dipandang. Tidak percaya bahawa semua makanan kampung itu dimasak oleh tangannya sendiri. Sejak bila dia pandai masak makanan kampung ni? Rasanya selama ni dia tahu memasak western food je. Dan macam mana dia boleh belajar memasak makanan kampung sedangkan dia hanya memakan makanan western sahaja. Pelik. Aressa garu kepala sendiri.
"Yang Ressa duk tenung je makanan tu kenapa? Tak percaya Ressa masak sendiri tanpa bantuan nenek?"
Aressa mengangguk. Wajah neneknya dipandang saat mendengar neneknya tertawa melihat jawapannya.
"Ressa, Ressa.. Mari duduk sini." Gamit Nek Mah menuju ke arah kerusi meja makan. Aressa menurut, duduk dilabuhkan.
"Mungkin Ressa lupa tentang diri dia, tapi Ressa masih tak lupakan apa yang dia dah ajar Ressa selama ni." Nek Mah berjeda seketika.
Aressa bingung. Siapa yang nenek maksudkan ni? Dia? Siapa 'Dia'?
"Maksud nenek? Dia tu siapa?" polos Aressa bertanya. Matanya membulat menunggu jawapan.
"Dia ialah Ukail Fallah yang Ressa tak ingat siapa dalam diri Ressa." Beritahu Nek Mah. Rasanya dia perlu ceritakan semuanya hari ini, cukuplah dia melihat Ukail terseksa menunggu ingatan isterinya pulih seperti biasa. Album yang disorok dibelakang tangan sejak dari tadi dikeluarkan, lalu dihulur kepada Aressa.
Aressa menyambut huluran itu dengan wajah tanda tanya. Muka depan album diselak. Terus membulat matanya melihat gambarnya dan Ukail Fallah memakai sepersalinan baju pengantin bewarna peach berbunga pink-coklat tersenyum manis sama-sama menunjukkan cincin kahwin yang dipakai ke arah kamera.
"Ressa dan Ukail dah menikah sejak setahun yang lalu. Ukail adalah orang yang paling bahagia apabila dia dapat memperisterikan Ressa. Ressa dengan Ukail berkawan sejak dari kecil lagi. Ukail tua 2 tahun dari Ressa. Masa Ressa kecil-kecil dulu, Ressa selalu main dengan Ukail. Ressa memang terlalu rapat dengan Ukail sampai satu hari tu Ressa tak dapat tidur sebab demam. Ressa meracau-racau panggil nama Ukail, minta Ukail tepukkan Ressa supaya dapat tidur. Masa tu umur Ressa baru 5 tahun. Ressa dulu masa kecil-kecil manja sangat dengan Ukail. Macam abang dengan adik tapi dah besar ni lain pula jadinya." Seloroh Nek Mah sambil tertawa. Aressa pula yang terasa malu mendengar cerita dan usikan neneknya. Bibirnya tersengih malu.
"Ressa masa dulu, tak makan makanan-makanan kampung ni. Memang makan western food je. Tapi bila dah kahwin dengan Ukail ni, Ressa yang tak makan makanan kampung pun jadi pandai memasak masakan kampung. Semuanya sebab Ukail la yang ajar, sebab suami Ressa tu memang lidah melayu. Memang makan masakan melayu je, makanan-makanan barat ni memang lidah dia tak boleh telan. Disebabkan Ressa dah jadi isteri dia, terpaksalah Ressa belajar masak dan makan makanan kampung. Mak mertua Ressa pun banyak ajar Ressa selain Ukail." Nek Mah jeda seketika.
Aressa panggung kepala. Baru teringat akan arwah ibu mertuanya.
"Macam mana mak dengan abah abang Ukail boleh meninggal nenek?" soal Aressa. Walaupun bibirnya terasa malu untuk menggelar 'abang' pada Ukail, tapi dia tetap cuba menuturnya.
Nek Mah senyum gembira mendengar panggilan manja Aressa pada Ukail dulu kembali digunakan.
"Mak dengan abah Ukail meninggal disebabkan eksiden 6 bulan yang lalu."
Aressa terkejut. Enam bulan yang lalu? Sama dengan tarikh aku hilang ingatan? Maksudnya.. Aressa menutup mulutnya.
"Masa tu kamu dengan Ukail bawa mereka berjalan-jalan ke Putrajaya. Malang tak berbau, masa dalam perjalanan balik ke sini, kamu terlibat dalam kemalangan. Mak dengan abah Ukail meninggal ditempat kejadian. Kamu pula disahkan hilang ingatan selepas koma selama empat bulan." Cerita Nek Mah. Air matanya dikesat. Sedih mengenangkan jirannya yang sangat baik hatinya telah pergi menghadap Ilahi.
"Habis tu abang Ukail macam mana?" soal Aressa tak sabar-sabar ingin tahu. Rasa risau datang menjelma.
"Ukail pula cedera di bahagian kepala tapi nasib baik tak teruk dan patah tangan. Sejak dari kejadian tu, Ukail jadi sensitif bila orang sebut-sebut pasal mak, ayah dia. Sebab dia tak boleh lupa peristiwa kemalangan tu. Dia menyalahkan diri dia atas apa yang berlaku. Dengan Ressa yang koma, bila dah sedar hilang ingatan pula. Masa tu Ukail adalah orang yang paling risaukan keadaan Ressa. Hari-hari, siang dan malam dia jaga Ressa dekat hospital sampailah Ressa buka mata." Sambung Nek Mah.
Aressa diam berfikir.
"Kalau dia jaga Ressa sampai Ressa buka mata kenapa Ressa tak ingat dia langsung nek?" soal Aressa curiga. Dahi dikerutkan.
Nek Mah senyum hambar.
"Masa Ressa buka mata, Ukail gembira sangat. Tapi sebaik Ressa buka mata, terus Ressa jerit suruh dia keluar. Ressa tuduh dia nak buat benda tak elok dekat Ressa sebab, Ressa tak ingat yang dia tu suami Ressa. Ukail berkali-kali cuba menenangkan Ressa dan jelaskan perkara sebenar tapi Ressa berdegil tak nak dengar. Akhirnya Ukail mengalah, lagipun doktor nasihatkan supaya jangan bagi tahu dahulu sebab Ressa masih terkejut. Sejak tu, Ukail langsung tak datang jenguk Ressa masa Ressa sedar sebab risau mengamuk lagi. Dia cuma datang bila Ressa dah tidur je, lepas tu sebelum subuh kena balik sini semula. Itulah rutin Ukail sejak dua tiga bulan ni." Nek Mah memandang wajah Aressa penuh kasih. Tangan cucunya digenggam.
Ya Allah! Macam mana aku boleh terlupa wajah lelaki yang aku tuduh masa dekat hospital dulu. Aressa menepuk dahinya. Memang saat dia membuka matanya, ada seorang lelaki sedang duduk tertidur sambil mengenggam tangannya. Tapi dia tidak perasan bahawa lelaki tersebut ialah Ukail Fallah.
"Ressa jumpalah dia, minta maaflah dengan dia sebab dah berkasar bahasa dengan dia sebelum ni. Ressa terimalah dia, nenek tak nak cucu nenek jadi isteri yang derhaka. Ressa faham kan maksud nenek?" pinta Nek Mah sayu. Wajah cucunya dipandang sayu.
Aressa diam kaku. Fahamlah dia kini, kenapa neneknya langsung tidak marah saat dia beri tahu yang Ukail mengintipnya. Rupanya Ukail itu adalah suaminya sendiri. Cuma dia yang tidak mengingati akan kenyataan itu. Aressa mengeluh lemah. Kini dia berasa teramat bersalah terhadap Ukail iaitu suaminya. Ya Allah, apa yang aku dah buat ni? Keluh Aressa lemah. Walaupun dia masih tidak mengingati semua itu, tapi dia yakin akan kenyataan itu dengan bukti-bukti yang ditunjukkan neneknya.
"Macam mana nek? Apa yang Ressa kena buat? Ressa tak tahu." Adu Aressa perlahan. Perasaan bersalahnya tak dapat digambarkan.
"Caranya inilah.." ujar Nek Mah seraya menunjukkkan ke arah makanan yang sudah dimasaknya.
Aressa bingung.
"Maksud nenek?"
"Hantarkan makanan ni pada Ukail dan temankan dia makan. Ressa cakaplah dengan dia lembut-lembut." Nek Mah memberi idea.
Aressa terdiam sejenak. Perlahan-lahan dia bangun membungkus makanan tersebut ke dalam bekas. Usai meletakkan ke dalam bekas, Aressa berdiri di hadapan neneknya kembali. Ada sesuatu yang masih menganggu benaknya.
Nek Mah mengangkat kening memberi isyarat bermasud pertanyaan 'apa' itu.
"Ressa masih tertanya-tanya pasal satu perkara. Nenek dengan mama dan papa berkomplot ke hantar Ressa ke sini sebab nak satukan Ressa dengan Ukail balik?" soal Aressa ingin tahu.
Nek Mah tersenyum.
"Kalau nenek dengan mama dan papa kamu tak buat macam ni, agaknya Ressa takkan tahu perkara sebenar kan?" Nek Mah membalas soalan Aressa dengan pertanyaan juga.
Aressa tersenyum. Pandai betul nenek dengan mama dan papa ni.
"Dah Ressa pergi sekarang." Suruh Nek Mah seraya menolak tubuh cucunya ke arah pintu.
Aressa melangkah setapak. Seketika dia berpaling sejenak.
"Nek.. terima kasih!" ucap Aressa lalu menyambung langkah.
Nek Mah senyum gembira. Doanya semua berjalan dengan lancar, Amiin.
Aressa melangkah dengan penuh debaran di dada. Tidak tahu bagaimana untuk memulakan bagaimana. Dirinya cuba ditenangkan. Pintu rumah diketuk perlahan. Namun tiada sahutan dari Ukail. Pintu cuba dibuka. Klik! Eh, tak kunci? Bisik Aressa. Terus dia menerobos masuk ke dalam. Kelibat Ukail tidak kelihatan. Aressa melangkah melintasi dinding rumah Ukail yang dipenuhi gambar. Langkahnya terhenti. Sengaja ingin melihat gambar yang dihias pada segenap dinding.
Mata Aressa berkaca menahan tangis. Kenapa? Kenapa aku tak tengok gambar pada dinding ni lebih awal lagi masa aku masuk rumah ni. Gambar dirinya dan Ukail sejak dari kecil hinggalah mereka mendirikan rumah tangga penuh disusun membanjiri dinding itu dalam bentuk 'Love'. Air matanya jatuh membasahi pipi. Dia rasakan sangat terharu.
Kepalanya mula berdenyut. Rasa sakit kepala mula menyerang dek kerana banyak berfikir dan menangis. Beg makanan ditangan melurut jatuh dari tangan. Dia ingin berpaling tapi entah macam mana kakinya tersadung kaki meja di tepi dinding. Kepalanya terhantuk kuat pada dinding. Dek kerana hantukan yang kuat, memori Aressa seakan mampu bekerja seperti dulu. Gambar pada dinding dipandang, seakan terbayang-bayang satu persatu kisahnya dan Ukail di layar matanya. Aressa rasa kepalanya makin berpinar, perlahan-lahan matanya tertutup rapat tidak sedarkan diri.
ARESSA membuka matanya perlahan. Kelihatan dia berada di dalam satu bilik asing. Otaknya cuba mencerna.
"Ressa, are you okey?" tegur satu suara.
Aressa berpaling pada suara tersebut. Wajah Ukail menyapa matanya.
"Ab-ang?" sapa Aressa lemah.
Ukail terngadah. Aressa sudah ingat? Terus tubuh itu diterpa.
"Ressa sebut apa tadi? Abang tak dengar." Pinta Ukail.
"Abang." Sebut Aressa lebih lancar dari tadi.
Ukail mencubit lengan sendiri. Bimbang dirinya sedang bermimpi. Auch! Sakit.Maknanya aku tak mimpilah?
Aressa memandang wajah suaminya pelik.
"Ressa sayang boleh sebut lagi sekali? Abang nakkan kepastian." Pinta Ukail sekali lagi masih tidak berpuas hati.
"Abanggg.. abang tak mimpilah, ini betul-betul." Balas Aressa lembut.
Ukail senyum bahagia. Yakinlah dia kini yang dia tidak bermimpi. Tubuh Aressa terus ditarik ke dalam pelukannya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih!
Sudah lama dia tunggu saat ini. Ubun isterinya dikucup syahdu. Air matanya menitis di pipi. Betapa perasaan gembiranya tak mampu digambarkan dengan kata-kata. Pelukan direnggangkan.
"Sayang dah ingat?" soal Ukail lagi.
Aressa mengangguk bersama senyuman di bibir.
"Betul ke sayang dah ingat abang?" soal Ukail tidak puas hati.
"Ye abang, Ressa dah ingat semua kisah-kisah kita dari kecil sampailah sekarang." Balas Aressa bersama senyuman di bibir. Wajah Ukail dibelai kasih. Turut gembira dengan anugerah ini.
"Kalau macam cuba sebutkan lima perkara berkenaan abang, supaya abang betul-betul yakin yang Ressa dah ingatkan abang." Pinta Ukail bersama rengekan manjanya.
Aressa tergelak. Ukail ni, perangai manjanya tu, mulalah tak reti nak sorok.
"Pertama, abang suka makan makanan melayu dan Ressa terpaksa belajar masak makanan melayu sebab lidah abang tak boleh telan makanan barat lepas tu dengan Ressa-Ressa pun sangkut makan makanan melayu."
Ukail tergelak. Kepalanya diangguk-angguk beberapa kali.
"Betul-betul-betul. Abang orang melayu, jadi lidah pun, lidah melayu." Jawab Ukail persis kartun upin dan ipin.
"Kedua, abang pandai pujuk Ressa setiap kali Ressa merajuk."
"Mestilah..bukan Ukail Fallah lah kalau tak pandai bab-bab macam ni." sahut Ukail gembira.
Aressa ketawa mendengar pujian suaminya pada dirinya sendiri. Kepalanya digeleng-geleng.
"Ketiga, abang pandai tangkap gambar macam seorang jurugambar yang professional. Sebab tu, masa abang tunjuk album gambar kita hari tu, gambar semuanya cantik-cantik. Ressa dah macam model tak bertauliah dekat situ. Lagi satu, gambar yang abang tunjuk kita atas katil tu.. masa kita tengah honeymoon kan?" Sambung Aressa.
Ukail tersengih. Kepala diangguk mengiyakan, hidung mancung isterinya dicuit.
"Masa tu, Ressa seksi sangat.." bisik Ukail gatal.
"Sekarang tak seksilah?" usik Aressa.
Ukail menggeleng kepala.
Aressa membulatkan biji matanya. What?!
"You're now more damn sexy, my geourgous." Bisik Ukail bersama lirikan mata menggoda.
Aressa menjegilkan matanya. Pura-pura marah.
"No, dear. Jangan naughty-naughty, Ressa masih tengah mood merah." Aressa memberi amaran.
"Nanti dah mood hijau, boleh naughty ke?" soal Ukail sengaja menggedik.
Aressa sengih geram. Suami dia ni kan.. sengaja je nak tanya walaupun sebenarnya dia dah tahu jawapan. Anak mata dikecilkan. Akhirnya mereka sama-sama tergelak.
"Okey, back to the topic."
"Lagi?" pinta Ukail lagi kembali ke topik asal.
"Erm, lagi.." Aressa berjeda sambil mengetuk-ngetuk tepi bibir pura-pura berfikir.
"Cepatlah sayang, saja kan buat abang tertunggu-tunggu.." marah Ukail manja.
Aressa tergelak.
"Keempat.., abang kacak sangattt." Puji Aressa.
"Eh kacak pun boleh ye?" Ukail jeda seketika.
"Takpelah tu pun termasuk dalam kalangan tentang diri abang. Okey last. Kelima?" soal Ukail teruja ingin tahu.
Aressa mencubit pinggang suaminya. Mata dibulatkan. Perasan betul. Suka sangat kalau orang puji dia. Haish, nasib memang betul kacak.
"Adoi, doi sakitt. Ala sayang abang gurau je. Cepatlah yang kelima?" ujar Ukail tidak sabar.
"Kelima... Abang romantik, suara abang handsome sangat." Bisik Aressa.
Ukail memincingkan anak mata. Suara handsome?
"Betul. Suara abang handsome sangat. Hari-hari Ressa dengar suara abang mengaji masa Ressa tengah koma hari tu. Sebab tu Ressa cepat-cepat nak buka mata." Jelas Aressa penuh semangat. Seakan mengerti dengan lirikan mata suaminya, terus Aressa meluahkan isi hatinya.
"Yeke?" soal Ukail cuba menduga.
Aressa mengangguk mengiyakan.
"Yeke abang romantik?"
Eh ke situ pula fikiran suaminya. Ingatkan pelik sebab cakap suara handsome. Getus Aressa dalam hati. Senyuman melirik dibibir.
"Kalau tak romantik, takdelah Ressa sayang.." balas Aressa perlahan.
Mata Ukail membulat.
"Owh suka abang romantiklah?" tebak Ukail ingin mengusik.
Aressa mengangguk malu.
Ukail tergelak. Terus tubuh Aressa ditarik ke dalam pelukannya. Terima kasih Ya Allah, kerana Engkau telah mengembalikan isteriku yang hilang.
"Pass." Ucap Ukail pada isterinya kerana berjaya menyenaraikan lima perkara tentang dirinya.
Aressa ketawa manja.
"Jangan lupakan abang lagi?" pinta Ukail mengharap.
"Ressa takkan lupakan abang lagi. Ressa cintakan abang kerana abang ialah Ukail Fallah. Cinta pertama dan insyaAllah yang terakhir Ressa." Ucap Aressa.
Pelukan dikemaskan. Air mata gembira yang menitis di pipi tidak diendahkan. Dahi isterinya dikucup syahdu.
'Abang pun cintakan sayang sampai bila-bila.' Balas Ukail dalam hatinya.
TAMAT
Ryana Azfiras's said: Hope cerpen ni dapat menambat hati korang. Erm,, Ryana main tulis je. Sila tinggalkan komen ye, thanks sudi baca my MYAMIE semua ^_^