PERHATIAN!!! Semua idea dan garapan adalah hak cipta terpelihara sendiri..Dan anda tidak dibenarkan sama sekali untuk men'COPY' entry saya..Segala kerjasama anda adalah amat dihargai..Sekian Terima Kasih....

Monday, 17 December 2012

Alamak! Mabuk Cinta..Part 2



 


Pada petang yang redup itu, Iza kusyuk belajar di dalam taman bunga mini di kampusnya. Sengaja dia belajar di situ kerana terasa nyaman dan aman tanpa gangguan sesiapa. Yang dengar hanyalah kicauan burung yang berkeliaran  menuju destinasi yang entah kemana. Sekitar taman bunga itu dipenuhi oleh pelbagai jenis bunga. Tetapi antara kesemua bunga, Iza paling suka bunga Zinnia. Pokok Zinnia adalah sejenis pokok yang hidup dalam cuaca panas dan ianya boleh terdapat dalam pelbagai warna antaranya oren, kuning, putih, ungu, pink dan banyak lagi. Nama saintifik bagi Zinnia ialah Zinnia Elegans. Iza suka sesuatu yang berwarna-warni,kerana itu dia menyukai Pokok Zinnia kerana warnanya yang mempunyai banyak pilihan juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sedang dia menghirup udara segar tiba-tiba terdengar satu suara menegur, terus mati senyumannya dek kerana terkejut.

"Hai boleh berkenalan? Nama saya Fareed Marlias" ujar Fareed memecah kesunyian seraya menghulurkan tangan.

Iza memandang wajah lelaki yang bernama Fareed itu. Tidak terlalu kacak, tetapi bukan bermakna hodoh di pandangan matanya. Kulit yang cerah membantu menaikkan level pada wajahnya. Tetapi entah kenapa, Iza langsung tidak tertarik akan wajah tersebut. Iza tersenyum pada wajah yang sederhana itu sambil menggeleng.

"Maaf, saya tak boleh sambut salam awak. Kita bukan muhrim, tambahan pula kita baru kenal" jawab Iza tenang dan berhati-hati agar tidak melukakan hati lelaki itu. Walaupun Iza bukanlah wanita muslimah tetapi dia masih menjaga batasan pergaulannya juga masih berpegang pada agama.

"Owh..maaf. Tak mengapa saya faham" ucap Fareed sambil tersenyum. "Erm, saya..." tanpa sempat menghabiskan ayat, Iza terlebih dahulu memotong.

"Saya minta diri dululah. Ada perkara yang masih belum saya tunaikan. Assalamualaikum.." potong Iza seraya berjalan meninggalkan lelaki tersebut. Dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat fardhu Asar lagi, sedangkan jam sudah menunjukkan hampir ke angka 6 petang. Lagipun dia malas melayan lelaki yang tidak dikenali itu.

"Waalaikumussalam.." jawab Fareed lemah sambil memandang kelibat Iza yang semakin hilang daripada pandangannya.

****************************

Daniel Hisyam berjalan mencari kelibat Fareed. Tiba-tiba dia ternampak Fareed sedang duduk di bangku berhadapan dengan padang bola sepak sambil menyaksikan perlawanan bola sepak yang semakin ganas.

"Kat sini rupanya.." gumam Hisyam sendirian setelah penat mencari, lalu dia menepuk bahu rakannya itu.

"Woi..buat apa kat sini jom pergi kafe. Aku laparlah tak sempat makan pagi tadi. Jom..aku belanja kau sekali" umpan Hisyam menarik minat Fareed yang masih asyik menonton perlawanan bola sepak secara live tu.

"Erm aku takde moodlah..kau pergilah, lagipun aku tak lapar" jawab Fareed perlahan. Moodnya hilang setelah Iza meninggalkannya begitu sahaja. Kecewa kerana apa yang ingin disampaikan kepada Iza tidak tercapai dek kerana Iza yang tergesa-gesa ingin pulang ke hostelnya.

"Kalau macam tu aku gerak dululah. Lapar sangat nih" ujar Hisyam seraya bergerak menuju ke kafe. Bukan dia tidak perasan yang kawannya itu muram seperti ada masalah, tapi perutnya yang berkeroncong sejak dari tadi menghalang dirinya daripada bertanya. 'Nantilah aku tanya..' kata Hisyam dalam hati.        

****************************

"Kau macam ada masalah je, apa hal?" soal Hisyam di malam yang hening itu. Sejak petang tadi rakannya senyap je. Biasanya tak macam tu, perkara itulah yang menambahkan musykil dihati Hisyam.

"Takde apalah. Kenapa kau tanya macam tu, macam tak biasa pulak? Akukan memang tak banyak cakap" jawab Fareed bersahaja. Malas bercerita, lagipun hanya perkara kecil. Untuk apa diperbesar-besarkan.

"Takdelah kau diam je aku tengok. Tu yang aku tanya tu, lagipun setahu aku tak banyak cakap kau, bukanlah sampai tahap macam ni diam semacam je. Hurm..kalau macam tu takpelah. Jom masuk hostel, macam nak hujan je aku tengok" ujar Hisyam sambil mengangkat tangan ingin merasa sama ada hujan atau tidak. Hisyam tidak mahu memaksa sebenarnya, kalau dia ingin cerita, cerita. Tak nak sudah. Lagipun takde faedahnya dia mengorek rahsia orang, 'baik aku jaga rahsia sendiri'. Monolog Hisyam dalam hati lalu mengangkat punggung dan berjalan menuju ke hostel  diikuti oleh Fareed.


***************************


Daniel Hisyam melihat gambar-gambar yang sudah ditangkapnya melalui kamera Nikon D7000 kesayangannya. Minatnya yang begitu mendalam dalam bidang fotografi, membuatkan tangannya tidak henti-henti mengambil gambar. Oleh kerana itu, Hisyam bersungguh-sungguh mempelajari teknik-teknik mengambil gambar dengan betul. Dia menginginkan gambar yang diambilnya kelihatan cantik dan berkualiti baik. Tambahan pula, Hisyam masih mentah dalam dunia fotografi, membuatkannya ingin terus melonjak tahu mengenai fotografi.

"Buat apa tu?" soal Fareed sambil berjalan mendekati Hisyam. Sedari tadi dia memerhati gelagat rakannya dari jauh.

"Erm..tengah tengok gambar yang aku ambil petang tadi" balas Hisyam bersahaja.

"Pandai kau ambil gambar. Bolehlah jadi photographer upahan kolej kita ni yerk.." ujar Fareed mengusik sambil tersenyum tatkala melihat gambar-gambar yang diambil oleh Hisyam. Nampak sangat kreatif dan seperti seorang yang berpengalaman tinggi dalam bidang fotografi.

"Ada-ada je kau ni, tapi okey juga kalau aku jadi fotografi kolej. Masa nilah nak tunjukkan bakat tak seberapa aku ni." Hisyam terbayang-bayang kesibukan yang melanda dirinya, sekiranya dia benar-benar dilantik menjadi fotografi kolej. Hisyam tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, betapa tidak layaknya dia menjadi fotografi profesional.

"Kenapa kau gelak? Betul apa aku cakap. Belum cuba, belum tahu. Esok biar aku yang tanya tentang ni kat ajk kesenian, kalau-kalau mereka memang memerlukan photographer saat ni. Engkau je tak tahu " kata Fareed memberi dorongan kepada Hisyam dalam bidang yang diminatinya itu.

Hisyam tersenyum mendengar kata-kata Fareed. Fareed terlalu baik padanya. 'Bertuah betul aku dapat kawan macam Fareed ni' desis Hisyam dalam hati.

***************************

"Amar! Amar tunggu aku." jerit Fareed saat ternampak kelibat Amar. Sejak dari tadi dia mencari Amar, baru sekarang ketemu.

Amar yang sedang berjalan, menghentikan langkahnya saat terdengar namanya dipanggil sejurus berpaling ke arah suara yang memanggilnya tadi. Dia melihat Fareed sedang berlari anak menuju ke arahnya.

Amar mengerutkan dahinya. Pelik. Tiba-tiba je si Fareed ni memanggilnya.

 " Apasal? Sebelum ni  tak pernah pulak kau cari aku. Asyik aku jer yang cari kau. Ada hal nak cakap ke?" ujar Amar sambil bergurau.

Fareed menepuk bahu Amar. "Amboi, pandai kau tukar belit fakta. Sejak bila pulak kau selalu cari aku, aku yang cari kau sebelum-sebelum ni."

Amar ketawa mendengar kata-kata Fareed itu. Memang Fareed yang mencarinya tetapi bukanlah selalu. Fareed akan mencarinya kalau ada sesuatu perkara mustahak sahaja.

"Hah! Apa yang kau nak sangat ni sampai beria cari aku bagai" soal Amar hairan.

Fareed tersengih. Macam tau-tau jer dia ni.

"Hmm, aku nak minta tolong sikit boleh tak?" Dia tak taulah samada ini adalah satu bentuk permintaan ataupun rayuan.

"Macam serius je bunyinya sampai minta-minta izin segala. Hah apa dia?" gurau Amar.

"Ni aku nak tanya, korang perlukan photographer tak buat masa sekarang ni? Sebab aku ada orang yang nak apply kerja tu, kalau-kalau adalah" soal Fareed mencuba nasib.

"Eh! Eh! Kau macam tau-tau je yang kita orang memang tengah rancangkan satu program dan memang tercari-cari photographer yang sudi menyibukkan dirinya untuk program ni. Hah siapa orangnya nanti boleh aku masukkan namanya dalam organizer. Bukan apa takut terlupa, yelah kita nikan banyak sangat benda yang nak diingatkan formula itu ini. Pelajar pintar katakan" ujar Amar panjang lebar sambil bergurau.

Fareed yang mendengarnya terus menghamburkan tawa. Geli hati mendengar baris akhir ayat Amar.




Ryana Azfiras's said: Berjam-jam saya cari idea tapi entah la setakat itu je saya dapat nak wat cemana..tapi insyaallah saya akan cuba untuk menyiapkan juga cerpen ni..dan nanti klo saya dapat idea lebih, saya akan terus wat novel..klo berkesempatan dan ada rezeki laa doa2 kanlah yerk..please support me..peace ^_^  Ha ni pon edit version dan sudah ditokok tambah plus combine..enjoyzzz..      



2 comments:

  1. ermm...yela
    cepat2 la sambung tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..ni ak dah sambung..tahla ak pkat tlis je apa yg ada dlm kpla otk..hahaha jgn nk kritik mcm2 plak..nk kritik pon dlm google je ok..? tpi skit2 je la jgn malampau..hihii

      Delete