Ryana Azfiras's said: Lgu ni sy ska dngr suara Irfan Makki tu..lembut je..hahaha..
PERHATIAN!!! Semua idea dan garapan adalah hak cipta terpelihara sendiri..Dan anda tidak dibenarkan sama sekali untuk men'COPY' entry saya..Segala kerjasama anda adalah amat dihargai..Sekian Terima Kasih....
Wednesday, 28 November 2012
Irfan Makki ft. Maher Zain_I Believe
Ryana Azfiras's said: Lgu ni sy ska dngr suara Irfan Makki tu..lembut je..hahaha..
Cintaku Untukmu..Bab 1
Ahmad Farqi Adzim memerhati sekeliling perpustaan mencari-cari meja kosong. Namun hampa, semua meja penuh diduduki oleh pecinta-pecinta ilmu. Perpustakaan yang besar dirasakan terlalu kecil untuk menampung pengungjung yang tidak henti-henti berkunjung.
'Huhh mana aku nak duduk ni..' keluh Farqi dalam hati. Sedang dia berjalan-jalan, Farqi ternampak sebuah meja yang telahpun diduduki oleh sekumpulan pelajar perempuan, tetapi masih ada satu kerusi kosong. Farqi teragak-agak mahu melangkah kesitu, tapi dia cuba memikir secara logik. Dia duduk disitu bukan kerana ingin mengurat malah sekadar ingin belajar. Lagipun meja itu bukan mereka yang punya, ia milik kerajaan dan sesiapa saja berhak duduk.
"Ehemm.." Farqi berdehem sebelum memulakan bicara. "Boleh saya duduk sini..?" soal Farqi ramah.
Serentak itu Firya Amani dan rakan-rakannya menoleh ke arah pemilik suara tersebut. 'Wah! Kacaknya..' detik hati Firya.
"Hello.." sergah Farqi sambil melambaikan tangannya ke arah Firya. 'Ish dia ni, aku tanya..dia boleh mengelamun pulak' gumam Farqi dalam hati.
"Ah? Aaa..ah duduklah silakan.." jawab Firya tergagap sambil tersenyum. 'Alaa..apesal laa aku boleh mengelamun pulak, kan dah kena sergah. Buat malu aku je..' kata Firya dalam hati.
Tanpa membuang masa Farqi terus duduk di atas kerusi bersebelahan dengan Firya. Masing-masing mula menumpukan perhatian pada pelajaran, namun Firya merasakan agak kekok dan tidak selesa duduk bersebelahan dengan Farqi. Entah kenapa hatinya berdebar-debar. 'Apa kena dengan aku ni..ahh pedulikan' gumam Firya sendiri.
.........................................................
"Kacak betulkan lelaki yang duduk di sebelah awak tadi tu Firya" kata Sofea teruja memecah kesunyian.
"A'ah laa..kacak betul, kan Firya?" sampuk Hidayah tiba-tiba. Saja dia menyoal Firya, kerana diantara mereka bertiga..Firya paling susah mengatakan seseorang itu kacak.
"Entahla..awak rasa? Saya tak tau nak cakap apa." jawab Firya setelah lama mendiamkan diri. Dia sudah tidak keruan, tidak tau mahu memberikan jawapan apa pada Sofea dan Hidayah.
"Ala Firya, kalau dia kacak..kamu hanya perlu jawab ye. Jangan buat kami tertanya-tanya." balas Sofea meminta kata putus. Tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Firya.
Firya tidak tau maksud kata hatinya. Yang penting, dia asyik teringat-ingat wajah lelaki sebentar tadi. Adakah ini dinamakan cinta? Entah, Firya kurang pasti dengan kata hatinya
"Mesti awak kata dia kacakkan? Yela, biasanya awak akan terus jawab tapi kali ni awak macam teragak-agak pula." kata Hidayah sambil tersenyum simpul.
"Lagipun saya tengok tadi awak sempat mengelamun lagi masa dia tanya. Mesti ada sesuatu kan" sambung Sofea serkap jarang. Dia yakin Firya mengiyakan dalam hati. Tambahan pula temannya ini seorang yang pemalu, pasti dia segan ingin berterus terang.
"Ish kamu berdua ni, pandai je. Dah la saya laparla, jom pergi kafe?" balas Firya seraya mengubah topik. Tidak senang membincangkan perihal lelaki tersebut. Tambahan pula, dia masih was-was dengan hatinya.
Sofea dan Hidayah yang mendengar hanya tersenyum. Bukan mereka tidak tahu, Firya sengaja mengubah topik. Namun mereka malas mahu terus mengusik, hanya mengikut saja jejak langkah Firya yang sedang menuju ke kafe. Tidak mengapa, kebenaran pasti akan keluar dari bersembunyi suatu hari nanti.
Ryana Azfiras's said : Entah la best ke tidak..hanya bergantung pada komen anda semua sahaja..tapi ini baru bab 1..kna tunggu bab 2 nanti okey..maaf sebab pendek..dah takde idea dah...
Irfan Makki_Waiting For The Call
Ryana Azfiras's said: Owh sy ska lgu ni..syahdu je dngar..especially msa kat bhgian blkng lgu tu...
Alamak! Mabuk Cinta..Part 1

Iza Syarizah berjalan manuju ke Hostel sambil tercari-cari kelibat rakan-rakannya.
" Ish manalah..dia orang semua ni." bebel Iza kegeraman. Bengang! Ye, memang Iza sedang bengang dengan rakan-rakannya. Mana taknya sejak dari tadi dia mencari mereka, tapi batang hidung pun tak nampak.
Sedang Iza berjalan-jalan, dia ternampak Hayati dan Emylia sedang terhendap-hendap di tepi semak samun. 'Oh..kat sini dia orang ye. Puas aku cari dia, rupanya dia buat kerja tak senonoh kat sini. Ish, nak kena ni.' gumam Iza dalam hati.
"Woi Cik Adik dua orang, buat apa? Mengendap?" sergah Iza sengaja menakutkan Hayati dan Emylia. Geram sebenarnya dengan mereka. Yelah, semalam mereka yang beria-ria mengajak pergi ke kelas muzik. Alih-alih bukan saja batang hidung, lubang hidung pun tak nampak.
"Ish kau ni Iza, terkejut kita orang. Ingatkan Prof mana yang sergah, rupanya kau Iza." jawab Hayati sambil mengurut dada tanda lega. Mampus dia kalau kena tangkap dengan Professor. Emylia yang kenal sangat dengan suara Iza, buat don't know je.
"Eh! Emylia, dah-dah la tu mengendapnya. Aku panggil Prof kang, mulalah terkulat-kulat kat situ. Bukan saje berkulat, berair lagi. Dah, jom balik! Tak abis-abis ngan perangai miang dia tu." marah Iza geram dengan kawannya yang dua orang ni. Sabar jelah.
"Ala kau ni kacau daun betul laa..aku baru je nak pilih mana yang sesuai jadi boyfriend aku" balas Emylia geram kerana rancangan nak cari boyfriend terbantut apabila dikacau oleh Iza.
"Amboi, belajar pun tak abis lagi dah gatal nak cari boyfriend. Aku piat kang baru tahu" marah Iza lagi kurang sabar dengan kawannya ini.
"Ish kau ni Iza, kalau sehari tak membebel tak sah. Bak kata orang, tak lengkap kehidupan seharian tanpa membebel. Aduh! Naik cair tahi telinga aku ni. Membebel macam mak nenek." ujar Emylia terhadap Iza. Geram sebenarnya.
"Siapa suruh korang buat sesuatu yang menyemakkan mata aku untuk menengoknya. Lagipun kat sini, mak korang takde untuk tegur. So, tugas tu aku galas" Sesedap rasa Iza membalasnya. Sengaja menyakitkan hati kawannya yang dua orang ni.
"Amboi bukan main lagi ye..! Erm yela-yela, jom balik!" jawab Emylia dan Hayati serentak.
****************************
Sampai saja di Hostel, Emylia dan Hayati tergesa-gesa menarik Iza masuk ke dalam bilik kemudian menutup pintu. 'Apa kenalah dengan dia orang ni, kena sampuk ke apa?' bebel Iza dalam hati.
" Eh Iza, kau tak ada suka kat mana-mana laki ke kat kampus ni?" tanya Hayati tiba-tiba. Emylia pula memandang ke arah Iza sambil menunggu jawapan.
"Apa yang korang mengarut ni. Soalan macam tahik! Entah apa-apa" jawab Iza tak semena-mena.
"Apa yang tahinye, jauh beza tuu. Tahi busuk, soalan ni takde bau pun. Alaa jawab jela, takyah banyak tanya" balas Emylia yang diam sejak tadi.
"Aku? Korang tanya aku? Ehm..macam mana aku nak suka, kalau sorang pun tak memikat" jawab Iza bersahaja. Malas melayan sebenarnya.
"Yeke..ke kau malu nak beritau. Yeeeaaa?" sampuk Hayati pula.
"Eh! Tolong sikit. Korang dengar sini okey. Aku Iza Syarizah, takkan suka kat mana-mana laki pon kat kampus ni. Muktamad!" jawab Iza dengan bongkaknya. Lalu terus meninggalkan Hayati dan Emylia yang tercengang mendengar jawapan muktamad Iza. 'Biar betul! Betul ke apa yang aku dengar? Dan betul ke Iza yang cakap?' gumam Emylia dalam hati tidak percaya.
****************************
"Okey kalau dah takde apa-apa, saya keluar dulu" ucap Professor Aireena mengakhiri kelas pada hari itu. Sejurus itu, meninggalkan dewan kuliah.
Iza segera mengemas buku-bukunya kerana sejam selepas itu dia ada kelas pula. Pada Iza dia perlu membuat persiapan sebelum memasuki sesuatu kelas. Lagipun Iza tidak suka membazir masa dengan aktiviti yang tak berfaedah dan dengan masa yang ada, akan digunakan sebaik mungkin.
"Iza kau kenapa tergesa-gesa sangat ni? Ada kelas ke lepas ni?" soal Emylia hairan melihat Iza yang macam tak cukup tangan mengemas. Yelah, biasanya Iza takdelah macam tu. Walau nak cepat macam mana sekalipun, dia akan mengemas bukunya dengan tenang tapi tidak pula untuk kali ini.
"A'ah laa kenapa kau nak cepat sangat ni, ada kelas apa pulak? Setahu aku kita ni dalam bidang yang sama, so kelas pon sama. Takkan aku tak tau kut kita ada kelas lepas ni." sampuk Hayati seraya mencari-cari jadual yang diselitkan di dalam file. Manalah tahu dia tersilap pandang tadi. Kerana sebentar tadi sebelum Professor Aireena keluar dia sudah melihat jadual, manalah tau ada kelas senang ingin membuat persiapan. 'Ish, ke aku salah tengok..tapi seingatnya tidak ada' gumam Hayati sendiri.
Iza yang mendengar hanya diam sahaja, perasaan geram mula menular dalam dirinya. Teringatkan hal semalam yang dia ditinggalkan oleh rakan-rakannya, betul-betul menyakitkan hatinya juga memalukannya.
"Ye aku ada kelas kejap lagi kenapa? Korang punya pasal jugak beria-ria ajak aku masuk kelas muzik tu, kononnya murahlah, promosilah, enam bulan ajelah apalah, tapi korang sendiri takde masa sesi suai kenal tu. Buat malu aku je perkenalkan korang yang aku sangka ada kat belakang aku tapi sebenarnya takde" bebel Iza meluahkan rasa tidak puas hatinya. Malu betul semalam semasa sedang mengenalkan diri, dia sebut-sebut la nama Hayati dengan Emylia sambil jarinya menunjuk-nunjuk ke belakang. Iza menyedari yang rakan-rakannya meninggalkannya pon sebab pelik melihat Encik Haireil selaku guru muziknya dan seisi kelas memandangnya pelik sambil tersengih-sengih. Dia yang tidak sedap hati pantas menoleh kebelakang, dan apa yang dilihat hanyalah kerusi kosong yang tersusun kemas dibelakangnya. Merah wajahnya akibat malu, apatah lagi apabila segenap kelas sudah bising dengan suara gelak tawa atas kesilapannya. Hai, apalah nasib Iza semalam.
"Alaa sorilah. Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau. Aku minta maaf ye?" jawab Emylia serba salah manakala Hayati hanya mengangguk-nganggukkan kepalanya menyetujui kata-kata Emylia.
"Okey aku akan maafkan kau tapi dengan satu syarat..." balas Iza sambil tersenyum manis campur sinis. (Pandai-pandailah gambarkan yer). Sengaja Iza senyum seperti itu, biar mereka tertanya-tanya. Sekali-sekala buat mereka takut apa salahnya. Hahahaha..gelak Iza dalam hati.
"Apa syaratnya cakaplah cepat, saja je berhenti kat syarat tu, nak buat suspen" bebel Hayati tidak sabar ingin mengetahui syaratnya. Bukan apa, dia sebenarnya rasa bersalah dengan Iza dan dia harap dengan syarat itu dia mampu menebus rasa bersalahnya.'Janganlah dia minta benda yang keterlaluan, Amin' doa Hayati dalam hati.
"Syaratnya..korang berdua kena masuk juga kelas tu that's all!" ucap Iza ringkas seraya meninggalkan Emylia dan Hayati. Dia tidak punya banyak masa untuk berbual-bual dengan mereka berdua. Tambahan pula, dia masih belum study untuk kelas muzik selepas ini. Note-note muzik pon belum dihafal sepenuhnya. Sekejap lagi Encik Haireil ingin membuat ujian tentang bunyi note-note pula. Hish! Pening kepala memikir.
"Erk eleh ingatkan teruklah sangat syaratnya, rupanya itu aje. Apalah sangat..yelah kita orang masuk kelas muzik tu, puas hati? Dan kau pon kena lah maafkan aku dengan si Hayati ni yea? Deal?" jawab Emylia meminta persetujuan. Iza yang sedang berjalan terus berhenti. Dia memusingkan badannya menghadap temannya itu.
"Okey deal..alaa padahal korang memang tau kan aku takkan minta benda yang teruk-teruk. Aku bukan apa sebenarnya kesian dengan korang berdua, itu yang aku beri syarat yang ringan-ringan je.." gurau Iza serentak itu terdengar suara gelak ketawa mereka bertiga sambil berjalan beriringan meninggalkan dewan kuliah.
Ryana Azfiras's said: Hah best tak?..klo best supportlah sy ye..hihi entahlah tah-tah macam hampeh! tinggalkan komen tau..klo komen anda memberangsangkan sy akn smbung..klo tak...sy smbung jgak..hahaha =) Erm, ni versi edit punya dan dah combine dgn part 2 dlu sbb rse pndek sngt..harap korang suka..
Subscribe to:
Comments (Atom)
