Alhamdulillah..akhirnya selesai juga pengebumian arnab saya. Ermm..sedihh dah tak dapat jumpa baby lagi..
Kalau dulu, bila saya masuk je bilik yang saya tempatkan arnab tu..dia mesti terlompat-lompat minta makanan. Tapi sekarang dah takde..sedih sangat...
Masa first time beli arnab tu, ada dua ekor ingatkan jantan dan betina. Tapi bila check jantina, rupanya dua-dua jantan. Seekor warna putih bersih, seekor lagi warna putih campur oren kecoklatan sikit. Arnab tu hasil perkongsian antara saya dan akak saya..kita orang share duit.
Hak mutlak saya warna putih bersih, yang seekor lagi akak saya punya. Warna mata dia merah, seram waktu malam tapi cantik bila siang. Orang kata, kalau mata merah maknanya arnab tu tak kacuk. Lebih kurang aslilah. Kalau mata warna selain tu maknanya kacuk. Disebabkan dua-dua jantan, jadi kita orang decide nak pergi tukar balik kat tempat kita orang beli tu.
Mula-mula saya sedih sebab nak tukar yang warna putih bersih tu, tapi saya rasa biarkan jelah sebab arnab putih bersih tu gigit jari saya. Aduh! sakit tangan aku. Ada ke patut, dahtu sampai berdarah pulak tu. Masa mula-mula beli tu, akak saya ada cakap arnab yang mata warna merah ni, ganas sikit. Tapi saya buat tak tahu jelah sebab akak saya pon tak pasti betul ke tidak. Jadi bila dia gigit saya, saya pun decide betul kot apa yang akak saya cakap. So saya pon setujulah nak tukar, risau dia gigit orang lain pulak.
Tapi yang lebih menyedihkan, arnab putih bersih itu terlebih dahulu mati tanpa sempat saya tukar. Ngeeee...sedih sangatttt. Namanya Bunny. Dia mati sebab kesejukan. Masa tu hujan tak henti-henti. kesian dia. Esoknya saya kebumikan dia. Entahlah sampai situ saja kisah saya dengan Bunny.
Tinggallah arnab putih oren kecoklatan sikit tu. Akak saya pulak dapat tawaran kerja kat Sarawak. Jadi tak boleh nak jaga dia. So, akak saya pon minta tolong saya jagakan arnab dia tu. Saya ni takde pilihan, kalau saya tolak sape nak jaga. Jadi saya pon jagalah dia sampai dia besar dan gemuk. Perut dia buncit. Saya suka tengok perkembangan dia. Akak saya selalu la tanya tentang Baby sihat ke tidak.
Sebenarnya masa akak saya minta saya tolong jagakan Baby, dia takde nama lagi. Jadi, sebab masih sedih atas kehilangan Bunny... saya letakkan namanya Bunny juga. Tapi entahlah, walaupun namanya Bunny..saya sering memanggilnya Baby sebab perwatakannya yang macam Baby. Jadi, saya panggillah dia Baby.
Baby manja sangat. Bila saya datang tengok dia, dia terlompat-lompat minta bermanja. Saya selalu usap bahagian atas hidungnya, setiap kali saya usap dia mesti akan memejam matanya. Lepastu senyap je, tak lompat-lompat macam tadi. Dia tak pernah gigit saya. Itu yang membuatkan saya semakin sayang padanya.
Bila saya lepaskan dia ajak berjalan, dia mesti jadi sakan. Terlari sana, terlari sini. Comel sangat. Tapi sekarang semuanya takde. Dia dah pergi (mati) beberapa hari yang lepas. Saya tak pasti apa puncanya. Nak kata mati sebab kelaparan, minuman dan makanan dia ada. Tapi sehari sebelum dia mati, saya perasan dia nampak lain.
Bila saya datang tengok Baby, dia tak terlompat-lompat macam selalu. Saya pelik juga, tapi saya fikir mungkin dia penat. Esoknya, saya tengok dia sebelum keluar bersama family. Saya nampak matanya layu sangatt dan dia diam je. Saya rasa tak sedap hati, jadi berniat nak beri dia makan ubat selepas saya balik.
Tapi bila saya sampai je rumah, saya tengok dia sudah terkulai layu dalam sangkar. Baby langsung tak bergerak, bila saya sentuh je..saya rasa badannya sudah sejuk dan keras menandakan Baby sudah mati. Saya rasa menyesal sebab tak beri dia makan ubat sebelum pergi keluar, tapi semuanya sudah terlambat.
Saya menangis sebab saya rasa terlalu cuai, menyebabkan dia mati. Saya pon beritahu akak saya berita kematian Baby. Dia terkejut sebab baru beberapa hari yang lepas saya memberitau keadaan Baby baik-baik sahaja.
Disebabkan saya tidak tahu punca kematiannya, jadi saya merumuskan dia mati kerana kesejukan. Sebab sejak akhir-akhir ni hujan tidak henti-henti. Sampai saya sendiri pon rasa nak demam.
Baby saya minta maaf sebab tak dapat jaga awak dengan baik. Ngeeeee.....rindu Babyyy......
Ryana Azfiras's said: Itu sahaja kisah saya bersama Bunny dan Baby. Baby selamat tinggal.....I Love You Baby And Bunny....I Will Remember You Forever...=)
PERHATIAN!!! Semua idea dan garapan adalah hak cipta terpelihara sendiri..Dan anda tidak dibenarkan sama sekali untuk men'COPY' entry saya..Segala kerjasama anda adalah amat dihargai..Sekian Terima Kasih....
Tuesday, 18 December 2012
Alamak! Mabuk Cinta..Part 3
"Ya, ada apa ye?" soal Iza hairan.
"Erm, awak tak ingat saya ke? Yang dekat taman haritu.." Fareed cuba mengingatkan Iza yang seakan tidak mengingatinya.
"Erm..owh awak Fa..Fa..Fa..reed. Owh, ye awak Fareed" ujar Iza cuba mengingati. 'Adoyai, mamat ni lagi. Apa yang dia nak ni, tegur-tegur aku segala. Ish, rimas betul aku' monolog Iza dalam hati tidak menyenangi lelaki itu.
"Erm ni, saya nak bagi nih.." ujar Fareed seraya menghulurkan tangannya yang berisi sebuah kotak kecil. "Tapi sebelum tu saya nak nombor telefon awak dulu boleh tak?" soal Fareed meminta kebenaran.
"Tak boleh!" jujur Iza menjawab jauh dari dasar hatinya yang tidak selesa.
Wajah Fareed berubah saat mendengarkan ayat yang begitu mengecewakannya itu. 'Ahh..begitu susah untuk aku curi hati kau Iza tapi tak apa aku akan cuba tawan hati kau sampai dapat' gumam Fareed sambil tersenyum kecil.
"Kalau macam tu, sebagai permulaan ni awak terima hadiah daripada saya ni. Harap awak sudi terima" ujar Fareed mengharap.
'Alamak! Pakat hadiah-hadiah segala. Aduh! Cemana ni, nak ambik ke tak nak. Ahh, ambik jelah lagi cepat aku ambik lagi cepat aku boleh pergi dari sini. Lagipun orang dah bagi, ambik jelah. Bak kata orang rezeki jangan ditolak. Hehe' gumam Iza sambil tersengih jahat. Bukan apa, prinsipnya yang tak suka membazir mendorong dia supaya menerima hadiah tersebut lagipun percuma. Heh alasan yang paling bijak yang boleh diguna pakai. Hoho
Iza mengambil hadiah tersebut lalu mengucapkan terima kasih seraya meminta izin untuk pulang ke hostel. Iza sebenarnya baru balik dari bandar membeli barang-barang dapur untuk memasak malam karang. Nak diharapkan Hayati dan Emylia yang beli, tunggu kiamat pun barang-barang dapur tak berbeli. Alamatnya, mati kebulurlah kerana kelaparan.
Fareed memerhatikan Iza yang berjalan sambil mejinjit beg plastik yang berisi barang-barang dapur sambil merangka-rangka idea bagaimana ingin menawan hati Iza yang keras itu.
****************************
"Erm, sedapnya bau. Kau masak apa ni Iza? Sedap je baunya, ni yang tak sabar nak makan ni" ujar Emylia baru keluar dari bilik. Niat sebenarnya ingin ke bilik air terbantut saat terbau masakan Iza, lalu dia menjejakkan kaki ke dapur ingin melihat apa yang dimasak oleh Iza. Kecur air liurnya saat melihat ayam masak paprik yang bergolek-golek dalam kuali.
"Wah, sedapnya. Yeye paprik..yeye Iza masak paprik" kata Emylia riang sambil memegang perutnya yang tiba-tiba berkerongcong tanda lapar dan minta segera diisi.
"Sayur kau masak apa? Meh, sini aku tolong potongkan sayur. Baru cepat sikit kerja kau, aku dah tak sabar dah ni nak makan" pelawa Emylia ingin menolong. Sebenarnya dia dah tak sabar nak makan itu yang beria nak tolong kalau tak, jangan harap.
"Hah, tak payah aku dah siap masak dan dah hidang pon. Tunggu korang lambat sangat" bebel Iza sambil meletakkan ayam paprik ke dalam mangkuk lalu meletakkannya di atas meja makan.
"La..yeke? Sori ye aku tak tolong.." ujar Emylia dengan rasa bersalah.
"Erm, yelah. Dahla jom kita makan, mana Hayati? Dari tadi tak nampak pon, tak nak makan ke?" soal Iza sambil tercari-cari kelibat Hayati.
"Takpe, biar aku yang tolong panggilkan. Tunggu kejap ye" ujar Emylia lalu ke bilik yang Hayati diami.
Tak lama kemudian, Emylia kembali bersama Hayati.
"Erm, kau masak apa ni sedap sangat baunya. Wah, ayam paprik dengan sayur kailan ikan masin. Sedapnya..kenyang la aku hari ni" ujar Hayati sambil tersenyum.
Sejurus itu, kami mula menikmati hidangan dengan penuh selera.
Ryana Azfiras's said: Erkk..sebenarnya part 3 ni tak abis lagi..tapi idea da mati di tengah jalan..so jgn risau sebab sy akn update part ni full version punya..wokeyh! Sori sbb agak mmbosankan tpi sy akn cba perbaiki cerita ini dari semasa ke semasa..keep support me..=) Maaf sebab da lme xupdate blog..
Monday, 17 December 2012
Alamak! Mabuk Cinta..Part 2
Pada petang yang redup itu, Iza kusyuk belajar di dalam taman bunga mini di kampusnya. Sengaja dia belajar di situ kerana terasa nyaman dan aman tanpa gangguan sesiapa. Yang dengar hanyalah kicauan burung yang berkeliaran menuju destinasi yang entah kemana. Sekitar taman bunga itu dipenuhi oleh pelbagai jenis bunga. Tetapi antara kesemua bunga, Iza paling suka bunga Zinnia. Pokok Zinnia adalah sejenis pokok yang hidup dalam cuaca panas dan ianya boleh terdapat dalam pelbagai warna antaranya oren, kuning, putih, ungu, pink dan banyak lagi. Nama saintifik bagi Zinnia ialah Zinnia Elegans. Iza suka sesuatu yang berwarna-warni,kerana itu dia menyukai Pokok Zinnia kerana warnanya yang mempunyai banyak pilihan juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Sedang dia menghirup udara segar tiba-tiba terdengar satu suara menegur, terus mati senyumannya dek kerana terkejut.
"Hai boleh berkenalan? Nama saya Fareed Marlias" ujar Fareed memecah kesunyian seraya menghulurkan tangan.
Iza memandang wajah lelaki yang bernama Fareed itu. Tidak terlalu kacak, tetapi bukan bermakna hodoh di pandangan matanya. Kulit yang cerah membantu menaikkan level pada wajahnya. Tetapi entah kenapa, Iza langsung tidak tertarik akan wajah tersebut. Iza tersenyum pada wajah yang sederhana itu sambil menggeleng.
"Maaf, saya tak boleh sambut salam awak. Kita bukan muhrim, tambahan pula kita baru kenal" jawab Iza tenang dan berhati-hati agar tidak melukakan hati lelaki itu. Walaupun Iza bukanlah wanita muslimah tetapi dia masih menjaga batasan pergaulannya juga masih berpegang pada agama.
"Owh..maaf. Tak mengapa saya faham" ucap Fareed sambil tersenyum. "Erm, saya..." tanpa sempat menghabiskan ayat, Iza terlebih dahulu memotong.
"Saya minta diri dululah. Ada perkara yang masih belum saya tunaikan. Assalamualaikum.." potong Iza seraya berjalan meninggalkan lelaki tersebut. Dia teringat yang dia masih belum menunaikan solat fardhu Asar lagi, sedangkan jam sudah menunjukkan hampir ke angka 6 petang. Lagipun dia malas melayan lelaki yang tidak dikenali itu.
"Waalaikumussalam.." jawab Fareed lemah sambil memandang kelibat Iza yang semakin hilang daripada pandangannya.
****************************
Daniel Hisyam berjalan mencari kelibat Fareed. Tiba-tiba dia ternampak Fareed sedang duduk di bangku berhadapan dengan padang bola sepak sambil menyaksikan perlawanan bola sepak yang semakin ganas.
"Kat sini rupanya.." gumam Hisyam sendirian setelah penat mencari, lalu dia menepuk bahu rakannya itu.
"Woi..buat apa kat sini jom pergi kafe. Aku laparlah tak sempat makan pagi tadi. Jom..aku belanja kau sekali" umpan Hisyam menarik minat Fareed yang masih asyik menonton perlawanan bola sepak secara live tu.
"Erm aku takde moodlah..kau pergilah, lagipun aku tak lapar" jawab Fareed perlahan. Moodnya hilang setelah Iza meninggalkannya begitu sahaja. Kecewa kerana apa yang ingin disampaikan kepada Iza tidak tercapai dek kerana Iza yang tergesa-gesa ingin pulang ke hostelnya.
"Kalau macam tu aku gerak dululah. Lapar sangat nih" ujar Hisyam seraya bergerak menuju ke kafe. Bukan dia tidak perasan yang kawannya itu muram seperti ada masalah, tapi perutnya yang berkeroncong sejak dari tadi menghalang dirinya daripada bertanya. 'Nantilah aku tanya..' kata Hisyam dalam hati.
****************************
"Kau macam ada masalah je, apa hal?" soal Hisyam di malam yang hening itu. Sejak petang tadi rakannya senyap je. Biasanya tak macam tu, perkara itulah yang menambahkan musykil dihati Hisyam.
"Takde apalah. Kenapa kau tanya macam tu, macam tak biasa pulak? Akukan memang tak banyak cakap" jawab Fareed bersahaja. Malas bercerita, lagipun hanya perkara kecil. Untuk apa diperbesar-besarkan.
"Takdelah kau diam je aku tengok. Tu yang aku tanya tu, lagipun setahu aku tak banyak cakap kau, bukanlah sampai tahap macam ni diam semacam je. Hurm..kalau macam tu takpelah. Jom masuk hostel, macam nak hujan je aku tengok" ujar Hisyam sambil mengangkat tangan ingin merasa sama ada hujan atau tidak. Hisyam tidak mahu memaksa sebenarnya, kalau dia ingin cerita, cerita. Tak nak sudah. Lagipun takde faedahnya dia mengorek rahsia orang, 'baik aku jaga rahsia sendiri'. Monolog Hisyam dalam hati lalu mengangkat punggung dan berjalan menuju ke hostel diikuti oleh Fareed.
***************************
Daniel Hisyam melihat gambar-gambar yang sudah ditangkapnya melalui kamera Nikon D7000 kesayangannya. Minatnya yang begitu mendalam dalam bidang fotografi, membuatkan tangannya tidak henti-henti mengambil gambar. Oleh kerana itu, Hisyam bersungguh-sungguh mempelajari teknik-teknik mengambil gambar dengan betul. Dia menginginkan gambar yang diambilnya kelihatan cantik dan berkualiti baik. Tambahan pula, Hisyam masih mentah dalam dunia fotografi, membuatkannya ingin terus melonjak tahu mengenai fotografi.
"Buat apa tu?" soal Fareed sambil berjalan mendekati Hisyam. Sedari tadi dia memerhati gelagat rakannya dari jauh.
"Erm..tengah tengok gambar yang aku ambil petang tadi" balas Hisyam bersahaja.
"Pandai kau ambil gambar. Bolehlah jadi photographer upahan kolej kita ni yerk.." ujar Fareed mengusik sambil tersenyum tatkala melihat gambar-gambar yang diambil oleh Hisyam. Nampak sangat kreatif dan seperti seorang yang berpengalaman tinggi dalam bidang fotografi.
"Ada-ada je kau ni, tapi okey juga kalau aku jadi fotografi kolej. Masa nilah nak tunjukkan bakat tak seberapa aku ni." Hisyam terbayang-bayang kesibukan yang melanda dirinya, sekiranya dia benar-benar dilantik menjadi fotografi kolej. Hisyam tergelak kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya, betapa tidak layaknya dia menjadi fotografi profesional.
"Kenapa kau gelak? Betul apa aku cakap. Belum cuba, belum tahu. Esok biar aku yang tanya tentang ni kat ajk kesenian, kalau-kalau mereka memang memerlukan photographer saat ni. Engkau je tak tahu " kata Fareed memberi dorongan kepada Hisyam dalam bidang yang diminatinya itu.
Hisyam tersenyum mendengar kata-kata Fareed. Fareed terlalu baik padanya. 'Bertuah betul aku dapat kawan macam Fareed ni' desis Hisyam dalam hati.
***************************
"Amar! Amar tunggu aku." jerit Fareed saat ternampak kelibat Amar. Sejak dari tadi dia mencari Amar, baru sekarang ketemu.
Amar yang sedang berjalan, menghentikan langkahnya saat terdengar namanya dipanggil sejurus berpaling ke arah suara yang memanggilnya tadi. Dia melihat Fareed sedang berlari anak menuju ke arahnya.
Amar mengerutkan dahinya. Pelik. Tiba-tiba je si Fareed ni memanggilnya.
" Apasal? Sebelum ni tak pernah pulak kau cari aku. Asyik aku jer yang cari kau. Ada hal nak cakap ke?" ujar Amar sambil bergurau.
Fareed menepuk bahu Amar. "Amboi, pandai kau tukar belit fakta. Sejak bila pulak kau selalu cari aku, aku yang cari kau sebelum-sebelum ni."
Amar ketawa mendengar kata-kata Fareed itu. Memang Fareed yang mencarinya tetapi bukanlah selalu. Fareed akan mencarinya kalau ada sesuatu perkara mustahak sahaja.
"Hah! Apa yang kau nak sangat ni sampai beria cari aku bagai" soal Amar hairan.
Fareed tersengih. Macam tau-tau jer dia ni.
"Hmm, aku nak minta tolong sikit boleh tak?" Dia tak taulah samada ini adalah satu bentuk permintaan ataupun rayuan.
"Macam serius je bunyinya sampai minta-minta izin segala. Hah apa dia?" gurau Amar.
"Ni aku nak tanya, korang perlukan photographer tak buat masa sekarang ni? Sebab aku ada orang yang nak apply kerja tu, kalau-kalau adalah" soal Fareed mencuba nasib.
"Eh! Eh! Kau macam tau-tau je yang kita orang memang tengah rancangkan satu program dan memang tercari-cari photographer yang sudi menyibukkan dirinya untuk program ni. Hah siapa orangnya nanti boleh aku masukkan namanya dalam organizer. Bukan apa takut terlupa, yelah kita nikan banyak sangat benda yang nak diingatkan formula itu ini. Pelajar pintar katakan" ujar Amar panjang lebar sambil bergurau.
Fareed yang mendengarnya terus menghamburkan tawa. Geli hati mendengar baris akhir ayat Amar.
Ryana Azfiras's said: Berjam-jam saya cari idea tapi entah la setakat itu je saya dapat nak wat cemana..tapi insyaallah saya akan cuba untuk menyiapkan juga cerpen ni..dan nanti klo saya dapat idea lebih, saya akan terus wat novel..klo berkesempatan dan ada rezeki laa doa2 kanlah yerk..please support me..peace ^_^ Ha ni pon edit version dan sudah ditokok tambah plus combine..enjoyzzz..
Subscribe to:
Comments (Atom)
.jpg)